Gif cast Anis~
Gif cast Ariq~
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"Yow~" Mark mengangkat tangannya lalu melambai ke arah Anis.
Anis melambai semula sambil tersenyum mesra. Matanya mendarat pula pada wajah Zahran yang berada di sebelah Mark. Jantungnya hampir terlompat keluar apabila dia melihat Zahran yang juga sedang melihat ke arahnya. Dengan itu, mereka cepat-cepat menoleh memandang ke tempat lain.
Anis mengeluh perlahan. "Huh.."
"Dah kenapa?" Farra yang tadi terpandang kejadian itu tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Maigad.. hati aku." Anis acah bagai orang yang terkena lovesick dan meletakkan sebelah tangannya menyentuh dahi. Farra hanya menjeling ke atas dan meledakkan ketawanya lagi.
"Wae (why)? Jatuh hati lagi?" Anis memandang Farra atas-bawah dan mengerling ke tepi sambil acah flip tudungnya.
"Buang masa aku." HAHAH. Padahal.. dalam mindanya...
'Aku. Hampir. Hampiirr. Hah, sangat merbahaya.' hati Anis berkata. Dia sempat menghelakan nafas berat. Lol. Susah betul nak move daripada crush lama once dia muncul balik, cis.
"It's all in the past.. I'm not that kind of person." kata Anis kepada dirinya sendiri tetapi kata-katanya itu Farra pun dengar. So, Farra fikir bahawa actually Anis sedang bercakap dengan dirinya.
"Heh, yelah." Anis memandang Farra atas-bawah lagi dan mengendahkan dia.
Makanan terhidang di hadapan direnung oleh Anis buat beberapa saat sebelum hatinya membaca doa tatkala tangan ditadah. Selepas itu, makanlah apa lagi.
"Makanan kat sini lagi sikit dari—" terhenti kata-kata Anis. Hatinya berbelah bahagi sama ada hendak memberitahu kewujudan another ruang makan atau tidak.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...