I really like this song ✌🏻 It's another upbeat song-as expected- by Alan Walker.
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Berhenti sebelum kami lepaskan tembakan!"
Aulhaq dan yang lain hanya meneruskan larian dari satu bangunan ke bangunan yang lain tanpa henti sehinggalah askar-askar itu, for real melepaskan beberapa das tembakan yang disengajakan tidak disasarkan tepat pada tubuh 3 orang remaja lelaki ini.
Kepala dan upper body sedikit ditundukkan sambil mereka bertiga berlari memasuki sebuah bangunan yang terdapat beberapa bahagian dindingnya yang telah hancur/runtuh pada bahagian atas.
"Sini!" jerit Aulhaq kepada Daffa dan Zahran yang semakin dekat dengan dirinya. Dia tak naklah kalau mereka terpisah sepertimana yang menimpa geng Husna itu.
Ketiga-tiga askar yang mengejar mereka tadi tercari-cari kelibat mereka bertiga disebabkan terlepas pandang punya fasal.
"Sana!" jerit salah seorang askar apabila dia ternampak kaki Zahran yang berlari mendekati tempat persembunyian Aulhaq dan Daffa.
"Diorang nampak. " Aulhaq berkata dengan nada mendatar lalu berdiri semula untuk membuka langkah seribu.
Kpheuw! Lantas kepala dan upper body-nya ditundukkan secara refleks dan dia memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Bukan apa, dia kini sudah kehabisan idea. Dia amat buntu dan mukanya jelas menampakkan dia gelisah.
Dalam kebuntuan yang melanda, akhirnya pandangannya mendarat ke sebatang paip PVC yang selalunya akan bersambung di sekeliling siling bangunan tetapi sekarang terdampar di atas lantai berdekatan dengan mereka bertiga. Tangannya laju mencapai dan menggendang batu-batu konkrit tersebut menggunakan paip PVC yang diambil.
"Hoi, kau buat apa?!" Daffa menghalang. Aulhaq menepis Daffa ke tepi. Daffa kaget melihat tindakan Aulhaq dan fikirannya seperti fight sesama fikirannya yang lain. Like positif lawan negatif. Yes, bunyi tembakan sahaja sudah cukup kuat.. ditambahkan lagi dengan bunyi yang Aulhaq buat.. maksudnya-
"Diorang makin dekat!" Zahran yang menjadi pemerhati akan apa yang terjadi di arah bertentangan dengan mereka itupun berkata.
"Tak.." kata Aulhaq dengan suara yang perlahan. Peluh yang turun tidak dipedulikan. Dia berdiri tegak dan membaling paip PVC tersebut dan..
KPANG!! Paip PVC tersebut terkena-actually bukan 'ter' sebab Aulhaq memang aim ke arah situ-pada suatu kepingan logam tidak jauh daripada mereka semua. Bunyi yang terhasil itu bergema ke seluruh bangunan.
Kpheuw, kpheuw!
"Argh!" dirinya tertunduk lagi dek refleks. Tangan sebelahnya diangkat untuk menahan sakit yang terasa di bahagian bahu kirinya.
"Weyh!" Daffa menjerit kuat kerana menyedari ada darah merah pekat yang sedang keluar dari bahu kiri pada tubuh Aulhaq.
"Kau kenapa shoot sampai kene budak tuh?" Askar yang nampak macam in-charge antara ketiga-ketiga askar itu memarahi askar yang 'tak' sengaja actually tertembak Aulhaq- for real.
"Aku tak sengaja lah--"
"T-tu--! " seorang lagi askar memotong percakapan mereka dan terhenti lari.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...