Alya Suraiyah >> Diana Danielle
- Alya = ketinggian
- Suraiyah = cantik♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
Perlahan sahaja pergerakan mereka semua melalui celah-celah kenderaan yang terbiar di atas jalan raya tersebut.
Terlihat lampu isyarat yang sedari tadi berwarna merah, tidak langsung bertukar hijau.
Fatin mendahului rakan-rakannya yang berada di belakang. Setiap langkah diambil dengan penuh waspada. Kepala dia langsung tidak lenguh walaupun asyik pandang ke kanan, kiri, belakang then depan balik.
For what? Just for caution.
Mereka yang lain turut berbuat demikian. Izzah berada di belakang sekali, di hadapannya Jihah dan seterusnya Bellerina. Di belakang Fatin ialah Alya. Di tengah-tengah, of course Husna, Hanisah dan Dayang.
"Okay.." kata Fatin perlahan setelah dia ternampak satu shopping mall yang berada di hujung jalan. Tidaklah jauh sangat tetapi bolehlah jauh. Jika berlari, mungkin sekejap sahaja sampai.
Teringat juga dia, shopping mall itulah yang menjadi kunjungan ibunya setiap bulan untuk membeli barang dapur dan sebagainya. Dia dan dua adiknya yang lain akan membantu ibunya.
Okay, sambung scene tadi.
"Kita ke..shopping mall depan tu..ok?" bisik Fatin kepada Alya. Alya mengangguk dan menyatakan perkara yang sama ke mereka yang lain di belakang.
"Eh?" sudah kali kedua Dayang berkata 'eh'. Mereka semua terus mengalihkan pandangan ke arah Dayang kerana suara Dayang yang kedengaran agak kuat.
Bagi Dayang suaranya kedengaran normal sahaja, maybe kuat sebab bandar itu sangat sunyi. Suaranya bergema ke telinga mereka yang lain.
Alya yang sedang memandang Dayang, mengangkat keningnya mengatakan 'kenapa?'.
"Ni bukan kereta Ufairah ke? Or lebih tepat kereta cikgu tu?" bisik Dayang sambil menudingkan jarinya ke tepi mereka.
Fatin yang mendengar bisikan itu memandang ke tepinya dan mengerutkan dahi.
'Maksudnya, diorang dah sampai sini dulu..' kata minda Fatin yang membuat suatu spekulasi awal.
Dia kemudian mengendahkan persoalan yang mula main nyorok-nyorok dalam mindanya dan sambung berjalan ke hadapan. Asyik-asyik pandang ke bawah, kemudian ke hadapan supaya tidak tersadung/terjatuh ke apa. Yea, just for caution.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...