Encounter 26

496 73 1
                                    

Disebabkan Shawn Mendes nak datang Malaysia this October, may I present to you my fav song ever from/by him ofc.

Alang-alang tu, imagine lah Ariq yang nyanyi cuz' Ariq Mughis Dasuki >> Shawn Mendes...(memandai je aku nih).

Enjoy ^_^

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

Ariq tersenyum melihat Husna berbuat sedemikian. Husna pula memandang tajam mereka bertiga sambil mengangkat kedua-dua kening dengan muka bengisnya. Lama jugalah mereka semua terdiam.

"Assalamualaikum (Peace be unto you)..?" Husna berkata membuatkan ketiga-tiga mereka yang lain tersentak.

Aulhaq berdehem dan memandang Ariq. Bukan sahaja lidahnya, malah matanya pun dah ibaratkan mata pedang. Kemudian, dia memandang Husna semula. "Waalaikumussalam (And unto you peace).."

Aulhaq pun membuka langkah untuk ke ruang garaj semula tetapi belum sempat tangannya ingin mencapai tombol pintu tersebut, satu pisau melayang dan tertusuk pada pintu kayu bercat putih tepat di sebelah tombol pintu. Dia pantas menarik tangannya dan menoleh ke belakang; ke arah mereka.

"Oops. Maaf. Aku tak bagitahu korang ke yang aku actually terer memanah..?" Husna mengangkat bahunya dan melentokkan kepalanya ke kiri.

Daffa mengerutkan dahinya, "apa kena..mengena..?"

Husna hanya memberikan senyuman paling manis + paling palsu yang dia mampu buat kepada mereka bertiga ini.

"Ok..ok.. Aku, Ariq Dasuki. Ni Daffa. Dan yang pakai spek, tercegat depan pintu, tayang muka poyo je lebih dia tu; Dhiyaulhaq. But, kitorang panggil dia Aulhaq. Got it?" setelah kepala memasing ditoleh ke sana dan ke sini padahal cuma ada 4 orang je di ruang itu, Husna finaaaalllyyy mengangguk faham.

"Okay..kitorang actually dari KL. Aku dengan Daffa satu kampus. Yang pakai spek, yang poyo tu dia dari Selangor..dak IIUM..dia study..Sains thingy--"

"La hajatan li'ukhburaha (No need to tell her)." potong Aulhaq dengan bahasa Arab dia. Ariq berdehem dan menganggukkan kepalanya nak-tak-nak, nasib sahajalah si Ariq and Daffa ini memang faham Arabic. Buat seketika, Ariq berasa seperti bersalah pun ada..lagipun Aulhaq lebih tua daripada mereka berdua dan mungkin juga lebih tua daripada Husna- like of course leee.

Husna faham-tak-faham sahaja dengan bahasa Arab yang dituturkan. Tetapi dia choose untuk mengendahkannya. "Korang semua..dah..18 tahun..?" Husna bertanya dengan muka jelas menunjukkan dia actually curious.

"Well, technically aku dengan Daffa 18 on-going to 19..Aulhaq pulak umur dia 20." sepanjang perbicaraan ini, hanya Ariq yang bersuara. Dia seolah-olah seperti ketua walaupun Aulhaq yang lebih tua daripada mereka berdua–semua.

"Kitorang jumpa through game..dia cam senpai (like senior) kitorang lah..pft. By the way, awak--I mean..kau?"

"Aku?" Husna menuding dirinya sendiri. Selepas itu, dia meng-smirk. "Aku dak candidates SPM tahun 2021. Huh. "

"Seriuslah?!" Daffa bertanya dengan suara yang agak kuat lalu ketawanya meletus membuatkan Ariq turut join ketawa diikuti juga dengan tawa Husna. Hanya Aulhaq yang membatu di posisinya sejak kena baling pisau tadi. Bukan apa, dia terfikir, tang mana kelakarnya?

"Then..korang, urm..tak perlulah kot nak risau fasal aku.. sebab aku atlet kat sekolah aku—Aha, aku ada idea! Apa kata..korang just biarkan aku pergi.." Husna berkata dengan senyumannya yang lebar. Tetapi buat beberapa saat kemudian, senyuman dia memudar. "..lagipun, aku nak cari kengkawan aku..keluarga aku. "

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now