Gif di atas ialah Park Jinyoung (Got7) cast kepada Muhammad Izyan.
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
"They are scars from battles, dumbasses." Az'am memaki mereka apabila tubuhnya ditolak kasar ke sebelah Izyan.
Hati Anis berasa sedikit lega apabila mendengar Az'am berkata demikian. Yelah, dia fikir Az'am ada apa-apa luka serious tadi- yang dia tidak tahu- yang dia dapat dalam masa terdekat ini. Mereka je baru kena kejar dengan kawanan burung gagak yang menggila. Setakat luka pada mukanya, apa lah sangat.
Tak termasuk lagi geng Anis dan Fatin serta Ariq yang kena kejar dengan babi hutan.
"We can't verify nor trust anything that come out of an asshole's mouth, asshole." orang yang menarik Az'am itu tersenyum sinis di sebalik topeng mukanya yang dipakai.
Az'am yang dapat merasakan orang itu sedang memandang rendah terhadap dirinya hanya memberikan pandangan annoyed. Sudah jelas lagikan bersuluh si Az'am ini memakai pakaian tentera darat, apa masalah..
"Arh..sial.."
Anis menoleh ke kanannya apabila terdengar suara yang sangat dikenalinya tetiba maki tanpa apa-apa warning. Kelihatan Aulhaq merenung tanah dengan mukanya kerut habis akibat menahan sakit yang teramat yang terasa pada mulanya hanya pada lengan, namun kini telah menjalar ke seluruh badan. Dia juga ternampak cecair darah merah yang mengalir menuruni lengan Aulhaq.
Kemudian, dia terdengar jeritan more like rungutan kasar daripada rakan-rakannya pula. Mereka semua dipaksa berdiri. Sedikit sebanyak Anis berasa marah dengan layanan mereka ini walhal majoriti daripada mereka semua ini boleh dikira budak lagi, bebaik lah sikit kan. Plus, kebanyakan yang ada di sini pun berjantina perempuan.
"Bangun!" lengan Anis direntap kasar untuk berdiri.
"Arghh! Al'abalah (idiot)." Aulhaq merentap tangannya kasar untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman orang-orang itu. Tapi apakan daya, rasa sakitnya bertambah.
"Yah! Yah! Tak nampak ke bahu dia luka tuh!" pekik Anis kepada orang yang memaksa Aulhaq berdiri tatkala dia melihat darah lagi banyak keluar dari tempat luka Aulhaq. Orang itu menoleh memandang Anis in the creepiest way possible yang membuatkan dia hanya 'gulp'. Orang tu tidak bersuara apa-apa lalu melonggarkan sedikit pegangannya pada lengan Aulhaq. Nampaklah muka lega Aulhaq sambil-sambil hatinya beristighfar bagi dia kekal tenang.
Usai drama itu, mereka semua dipaksa pula berjalan ke arah yang sama dengan untuk ke destinasi mereka pada awalnya itu; arah Timur sehinggalah mereka tiba-tiba diarahkan untuk berhenti. Dan..untuk ke-sekian kalinya orang yang mempunyai luka tertentu dengan yang bersih sahaja fizikalnya diasingkan, more like dipisahkan.
"Ufairah!" ternampak mata Jihah sudah berair. Begitu juga dengan Fatin yang sedang memandang Anis sayu. Siapa je nak berpisah dengan rakan baik sendiri banyak kali? Lagi-lagi dalam krisis sebegini. Mereka hanya mempunyai antara satu sama lain saja sekarang.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...