Bet anda pun tak ready.. cuz' I aint either 🍃💫
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
Encounter 90
"Pftt..seriuslah?" Anis pun tertawa apabila mendengar kata-kata Izyan. Mereka berdua meneruskan lagi perbualan yang tidak diketahui Zahran yang tak semena-mena terlihat dan terenung heroine cerita yini.
Sehinggalah figura Anis dan Izyan hilang dari pandangan Zahran. Zahran membetulkan kedudukannya pada kerusi tersebut dan mengeluh perlahan. "What was I thinking.."
Sejujurnya lah, selepas pengemberaannya sort of tamat dan kini mereka semua berada di sini, dia berasa sedikit alone walaupun sekarang dia lebih mengenali ramai orang yang linkungan umurnya sama dengannya. Tetapi ada masa, dia berasa rindu dengan rakan-rakan lamanya, seterusnya yang paling rindu, of course, keluarganya. Melihat Mark yang sedaya upaya mencari rakan-rakannya langsung pula tidak membangkitkan semangat Zahran untuk mencari keluarganya.
Dia mengeluh lagi untuk mengendahkan fikirannya lalu berdiri setelah melihat ramai orang sedang memasuki dewan makan ini. Dan apabila dia melihat jam di pergelangan tangan kirinya, sudah masuk waktu untuk makan tengah hari. Rambutnya diraup ke belakang, pakaiannya diperkemaskan sebelum dia bergerak ke arah tempat mengambil makanan yang seperti buffet terhidang itu.
Hari ini, gilirannya pula yang perlu menghidang aka meletakkan lauk-pauk ke atas pinggan orang yang mengambil makanan. Apa fikir orang boleh ambil sesuka hati lauk-pauk yang ada? Heh, kalau gitu memang safe house tidak akan terwujud lah wahai manusia. Fikirnya, at least selepas mereka semua dibahagikan mengikut jenis tugasan masing-masing, ada lah juga benda yang produktif dibuatnya.. kalau tak, terperap dalam bilik, tidur sahaja disebabkan tidak tahu nak buat apa.
"Get ready." kata seorang lelaki yang Zahran kenal dia 2 tahun lebih tua daripadanya. Zahran hanya bertugas mencedokkan lauk slash menu utama pada hari ini, iaitu.. ikan asam pedas manakala lelaki di sebelahnya itu tugasnya mencedokkan nasi putih.
"Okay.. maaf.." Zahran berkata dek dia sedar dia terleka tadi.
Dia mendehem perlahan dan mula mencedokkan ikan tersebut lalu meletakkannya ke atas pinggan orang yang menunggu giliran mereka untuk mengambil makanan; sedang beratur itu.
"Tak boleh ambil dua ekor ke?"
"Hufftt..keciknya..ikan nih! But— THANK YOU!"
"Thanks.."
"Nak sikit lagiy kuahnya..boleh?"
"Kuah dia letak atas nasi, okay thanks~"
"Thank you."
Sejak kali pertama dia ditugaskan di bahagian ini, berbagai-bagai jenis manusia yang dia temui. Dari segi rupa, suara, fizikalnya mahupun attitude mereka. Sedikit sebanyak, ini membantu dia untuk lebih fahamkan ciptaan Tuhan yang dinamakan manusia yini tanpa dia sedar. Lelagi dalam situasi sekarang.. di mana semua orang akan berfikir mereka masih dalam suatu krisis cumanya, terkawal sedikit.. at least.. di sini.
"Thank you for today..! Makanan boleh ambil kat dalam." kata lelaki tua dua tahun daripada Zahran itu sebagai seorang yang meng-guide Zahran dan mereka yang lain yang baru bertugas di situ.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...