"One stupid mistake can change everything."
⚠⚠⚠
Aniq (Nick) Mikael >> Lucas Till
Aniq = Yang kacak lagi menawan hati
Mikael = Nama malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menurunkan hujan bagi menghidupkan bumi, binatang-binatang, sayur-sayuran, pokok-pokok, buah-buahan, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain.♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
Dung, dung, dung!! "Bangun!"
"Arhh..please let us get a few more hours—few minutes of sleep~ Pleeeasee~" rayu si Mark dengan suara yang jelas menunjukkan dia tidak cukup tidur dan mahu tidur lagi.
"Ermm.." orang yang mengejut mereka (orang asing) berfikir sejenak. "Fine. Tapi jangan lambat sangat..takut makanan habis."
"Ookay." semua orang di dalam bilik itu berkata serentak. Masing-masing semua tak cukup tidur..sebab apa..? Sebab..
"Aduhh.. kau ah nih. Tah apa-apa je buat plan malam buta. Pastu start plan-nya gak pagi buta tu." marah Daffa kepada Ariq setelah memastikan derapan kaki menjauhi bilik tersebut.
Ariq yang berbaring di sebelah katil Daffa hanya mengangkatkan kedua-dua keningnya. Actually, dia tak dengar pun apa yang Daffa kata. Dia still mamai and terlalu malas untuk membuka matanya.
"Aishh..shhusshh." Mark yang berada di atas katil Daffa meng-shush-kannya dek dia rasa mereka bising dan menganggu tidurnya. Dia dah lah jenis yang senang terjaga aka selalu tidur ayam. So, sekarang ini boleh dikatakan masa keemasan untuk dia tidur lah.
"Lets sleep for a few hours.. more.. then kita sambung plan kita.. eah?" kata Zahran dengan suara baru bangun tidurnya. Walaupun dia sure takkan semua orang yang di situ mendengarnya.. dia just saja kata untuk mengingatkan mereka semua nih.
Tak lama selepas itu, mereka semua terlelap semula.
⚠️⚠️⚠️
"Fatin..kita tak nampak pun diorang yang lain.." cuit Hanisah pada sebelah bahu Fatin sambil matanya meliar mencari figura lelaki-lelaki yang mereka kenali (their gang) di segenap kawasan itu tetapi langsung tidak dijumpainya.
Fatin menoleh ke belakang dan tersenyum. Selepas itu, tangannya ralit mengambil dan menghulurkan makanan yang diambilnya kepada rakan-rakannya. "Halah..tidur lagilah tuh diorang."
"Heh. Yelah.." Hanisah pasrah dan memakan sahaja makanannya untuk mengelakkan daripada prasangka yang buruk.
Semasa makan,
"Korang rasa.. kita betul-betul selamat ke kat sini?" tanya Dayang sambil merenung ke bawah; ke arah kakinya.
Semua hanya mendiamkan diri.
"Kita..nih..akan duduk sini selamanya ke?" Husna bertanya manakala yang lain sudah membuat muka pelik apabila mendengar soalannya.
Namun begitu, still no answer, mungkin kerana tiada siapa tahu akan jawapan kepada soalan itu..atau yakin akan jawapan kepada soalan itu sehingga berani menuturkannya..?
Obviously, sesiapapun memang tak mahu tinggal di ruang atau kawasan yang macam itu. Sempit, terlalu banyak jalan atau lorong.. ramai orang, panas or bahang dia kekadang tak boleh bawa bincang. Inilah apa yang majoriti orang fikirkan apabila Husna menanyakan soalannya. Selama nih, mereka tiadalah pula fikir fasal benda-benda sebegitu semua. Tapi biasalah, lepas dah kena soal, baru macam sedar, bukan?
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...