Encounter 63

354 56 4
                                    

Author kebosanan lol.

♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨

"Ffuhh..huhh..huh." Ariq menahan dirinya pada dinding gua yang baru sahaja dia masuki dan begitu juga dengan mereka yang lain.

"Huaa..penat gila." Nadia terduduk di atas lantai gua yang sejuk itu. Rabiyatul yang berada di sebelahnya meregangkan kedua-dua tangan serta kakinya untuk elak kekejangan otot berlaku.

Macam mana boleh ada gua..? Halah biasalah tengah hutan kan..kan...

"Ishh. Kenapa lari masuk sini?" Fatin yang baru tiba di situ berkata sambil tangannya memegang kedua-dua lutut dek tercungap-cungap mengambil nafas. Sekali-sekala dia mengelap peluh pada dahinya.

Penat wooa lari untuk beberapa minit walaupun tidak pecut laju mana.

"Nampak macam ada tempat lain lagi ke?" tanya Aulhaq dalam nada sarkastiknya setelah dia dapat bernafas secara normal semula. Kemudian, dia menyandarkan dirinya pada dinding gua tersebut. Kini, dia dapat rasakan cecair which is darahnya sedang mengalir keluar dari tempat lukanya. Dia pula..terpaksa menahan dirinya sendiri daripada memaki hamun semua benda dan semua orang termasuklah diri sendiri hanya disebabkan kesakitan lukanya itu.

Fatin mendehem perlahan. Dahlah dia tak pernah pun bercakap dengan lelaki itu, tiber laki tu nak marah dia. Terdiamlah Fatin dibuatnya.

"Okay. Semua ok?" Daffa bertanya kepada mereka yang lain. Kepalanya kejap pandang ke dalam gua, luar gua selepas itu melihat satu per satu muka-muka mereka yang berada di dalam gua ini. "Eh jap, mana Zahran?"

"Can't be.." Hanisah menutup mulutnya. Tergamam, air mukanya sudah berubah menjadi pucat sedikit. Tadi semasa dia berlari, dia macam ada terdengar bunyi orang jatuh di belakangnya.

"Shit." semua memandang orang yang tidak disangka-sangka akan cuss akhirnya cursed juga..iaitu Aulhaq. Siapa lagi. Dia je yang nampak alim dekat situ. Ceit.

Aulhaq menegakkan badannya, kedua-dua tangannya digerakkan sedikit dan.."Umphh..haishh." dia hampir terlupa lagi dia ada luka pada bahunya yang menyebabkan sebelah tangannya-sepatutnya- langsung tidak boleh digerakkan. Usai memarahi diri sendiri dalam fikirannya, dia bergerak perlahan, menuju ke arah luar gua; kawasan hutan.

"Oi, kau nak pergi mana tuh?" Daffa menarik baju like kemeja-t berlengan panjang milik Aulhaq. "Tah weyh.." Ariq bergerak ke hadapan Aulhaq more like ingin menghalang jalannya.

"Cari dia lah!" tengking Aulhaq secara tiba-tiba.

"Ma mushkilatuh (What's the matter with him).." Daffa memandang Ariq buntu. Ariq mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Sesungguhnya mereka berdua agak terperanjatlah juga sebab tetiba kena tengking.. tapi apabila mereka berdua fikirkan balik, ini bukannya kali pertama Aulhaq sebegini.

"Kau sakit. Duduk sekarang." arah Ariq.

"Aku tak tahu kenapa..but aku dapat feel yang Ufairah dapat cari kita..Askar tupun." Nadia yang sedang duduk bersuara sambil membersihkan tapak tangannya apabila dia cuba berdiri semula. Perbuatannya diikuti oleh Rabiyatul. Semua mata memandang ke arah Nadia pula dan tak semena-mena kepala Fatin terangguk-angguk perlahan kerana somehow dia turut berfikiran sebegitu.

"Ufairah?" Aulhaq menyebut balik nama heroine cerita ini. Lolz. Nadia menganggukkan kepalanya dua kali.

"Yea, the girl. Lagipun dia je yang ada such weapons." Nadia mengeluh perlahan. Betul tu, kalau ada apa-apa jadi pada mereka; Nadia and the geng..mesti susah sebab mereka dalam bilangan yang ramai tapi seorang pun tiada senjata.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now