I dunno whether the song fits this chap or not but if it's not..anggap sahajalah it's a recommended song and a recommended artist. HAHAH.
♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨♨
"Kita tak patut tidur..kan?" Anis bertanya kepada Jihah yang tidak boleh nak tidur lagi dah selepas terlelap buat beberapa jam sebelumnya. Dia masih melentokkan kepalanya di atas bahu Jihah. Matanya merenung ke bawah; lantai kenderaan.
"Fairah..kalau awak nak tidur, tidur jelah.. Awak tuh dahlah sentiasa tak cukup tidur." Jihah start membebel, memarahinya, menasihatinya just like orang lain yang tahu tentang kondisi hariannya.
Entah kenapa Anis berasa ngantuk. Dia mahu menutup matanya tetapi takut jikalau dia terlajak tidur dan akhirnya apabila tersedar dia jadi slow; tidak peka akan keadaan sekeliling seperti yang dulu selalu terjadi.
Matanya beralih memandang ke hadapan dan terlihat Izyan yang sedang memandang ke arahnya. Kedua-dua tangan lelaki berumur 27 tahun itu sedang memeluk dirinya sendiri. Sekali-sekala kakinya diubah dan dibetulkan posisinya supaya berasa lebih selesa.
Mereka berpandangan buat beberapa saat sebelum Anis mengerdipkan matanya sekali dengan penuh dramatiknya.
"Waeyo (why [formal])? " kata Anis malas.
Jihah membiarkan sahaja sebab dia tak faham apa yang dikatakan oleh Anis kecuali Farra dan Izyan, of course. Dia cuma tahu maksud perkataan 'wae (why [informal])' tetapi tidak tahu 'waeyo [why formal])', padahal dua-dua perkataan itu maknanya sama sahaja.
Izyan menggelengkan kepalanya perlahan dan matanya beralih memandang ke tempat lain.
Tah berapa lama lelaki itu merenung si Anis, Anis pun tidak tahulah.
Dan sekarang, giliran Anis pula merenung dia.
'Why is he so fine (good looking)?' dia memandang dengan penuh tanda tanya. Seolah-olah ada satu puzzel level hard yang perlu diselesaikan di hadapannya itu, macam dalam game. Jihah mula rasa sedikit tidak selesa apabila dia terasa seperti dirinya orang ketiga di situ.
"Ufairah..tidurlah." kata-kata Jihah menghentikan lamunan Anis.
"Iyelah..Jihah..si kaktus.." Anis seorang sahaja yang memanggil Jihah, Jihah kaktus. Hal ini disebabkan first, number phone Jihah yang di-save di dalam contacts-nya mempunyai emoji cactus di sebelah nama 'Jihah'. Second, sebab Jihah kurus keding. Third, kaktus dan durinya, samalah dengan Jihah yini. Terkadang duri pokok itu boleh jadi lembut namun, duri tersebut juga boleh jadi tajam, sama/sebiji macam personaliti Jihah. Kejap lembut, kejap garang mengalahkan Simba The Lion King- of course lepas bapa dia mati- talking about Simba bukan Jihah.
Lol. Ignore it.
Jihah tersengih mendengar nama panggilan yang disebut oleh Anis secara tiber itu. Teringat dia waktu first time Anis memanggilnya sebegitu. Dia berasa sangat pelik dan janggal, begitu juga dengan rakan-rakan Anis yang lain. Then, lepas Anis explain yang sebelah nama contact Jihah, dia letak emoji kaktus, baru mereka faham. Sejak dari itu, Anis tidak henti-henti panggil dia, Jihah si Kaktus. Fact is, Anis seorang je yang panggil dia begitu.
Special lah kiranya. Hohoh.
Beberapa puluh minit kemudian,
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...