Gambar di atas ialah cast kepada Farra Nur Qaisara >> Mira Filzah
♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️
Anis melihat jam di telefonnya sudah bertukar kepada angka 6.33 pagi.
"Sir.." panggilnya perlahan. Dia membuka aplikasi 'notes' dan menunjukkan skrin telefonnya ke arah Izyan yang setia memandangnya. Dengan fikiran yang tertanya-tanya apa benda yang hendak dikatakan/diperbincangkan, Izyan membaca apa yang tertera pada skrin Anis itu.
"Thank you for being here with us. Thank you for helping me with this 'crazy' plan. If anything goes wrong or out of this plan, I'm sorry. Tell them I'm sorry. And mostly I'm so sorry for dragging you into this."
Anis mengukirkan senyuman kecil apabila Izyan membacanya kemudian beralih memandang mukanya. Raut wajah Izyan sukar untuk difahami tatkala itu tetapi Anis tahu, dia mesti terkesan atau rasa sedih sekarang. Tch, dia tahu ayatnya adalah jenis ayat sentimental.
Tapi..betul lah, jika ada apa-apa perkara buruk berlaku, baik kita bersedia sahajalah kan; sediakan payung sebelum hujan..dengan.. meminta maaf terlebih dahulu~
"Sedia?" tanya Anis dengan suara yang sangat perlahan. Izyan mengangguk.
"On three. Two. One.." Anis terus berlari anak ke hujung ruang bawah tanah sebelah kanan rumahnya. Cahaya telefon pintarnya dijadikan sebagai penerang jalan.
Sementara itu, Izyan berjalan ke arah rakan-rakan Anis yang masih nyenyak tidur di hujung ruang bawah tanah belah kiri rumah. Dia mengejut mereka seorang demi seorang dengan penuh lembut sekali siap package tambah kasih sayang lagi.
Mereka semua terbangun dengan sekali sebut nama masing-masing. Sedar-sedar sahaja, mereka dipinta untuk berjalan mengikuti Izyan ke suatu penjuru ruang bawah tanah tersebut dengan lampu tidur/belajar Anis sebagai penerang jalan mereka.
Anis ternampak Izyan berkata sesuatu kepada mereka semua tetapi dia langsung tidak dapat mendengar butirannya. Dia tersenyum melihat rakan-rakannya yang terangguk-angguk kepala mereka..umpama burung belatuk.
Orang baru bangun tidur senang sikit nak suruh buat kerja, sebab biasanya diorang tak fikir apa dah..just ikut je. Take note. Pfftt.
Dia berdoa agar segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Well, dia berharap sangat-sangat.
Beberapa saat selepas itu, Izyan berpaling untuk melihat Anis yang masih menunggu di tempatnya sambil memandang mereka semua or more like merenung. Dengan kiraan 1, 2, 3 di dalam hatinya, dia mengangkat tangannya dan membuat thumbs-up.
Dengan itu, Anis pun mengambil pistol di dalam beg sandangnya. Silencer diputarkan untuk memisahkan bahagian itu dengan muncung pistol yang diberi oleh Cik Siah pada hari sebelumnya.
Anis menarik dan menghembus nafas perlahan. Jantungnya mula berdegup laju. Kedua-dua tangannya menggeletar sedikit tetapi masih dalam keadaan terkawal.
Silencer dipegang dan safe mode di pistol itu dimatikan.
Dunia yang dijejakinya seperti terhenti berputar dan dia kini dapat mendengar bunyi nafasnya dengan sangat jelas.
YOU ARE READING
Exam Dibatalkan -- [✓]
Science Fiction⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau...