Epilogue - Day 366

589 46 19
                                    

I swear the song above fits this chap like so kool and suwegg.

♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️

A year later,

"Err.. kita tak boleh tidur langsung malam tadi.." Fatin berkata sambil meraup wajahnya. Sempat dia membetulkan pin tudungnya di bawah dagu itu.

"Yah (hey), nak tahu apa lagi tak masuk akal? KITA TAK PERCAYA LANGSUNG YANG DIORANG ASSUME AND PANGGIL NI AS PENGGANTI EESPIIYEM." Hanisah berkata dengan nada yang 300% penuh sarkastik. Pada akhir ayatnya, dia menjeling ke atas seboleh-boleh atas nak menandakan dia berasa sangat annoyed tatkala itu.

Anis yang mejanya berada di antara mereka hanya tersenyum kecil.

"KAN?!" Jihah berkata..atau more like menjerit. Anis sedikit memejamkan matanya dek refleks suara Jihah yang nyaring itu.

"Pftt, aku yang tak kenal diorang tu pun terjebak sekali.." Hawa meng-roll-kan matanya lalu membetulkan kedudukan cermin matanya.

"Rileks lah.. at least ujian ni mungkin tak sesusah SPM..? Siapa tahu~?" Bellerina yang duduk di belakang sebelah Hawa berkata. Anis terangguk-angguk mendengar kata-kata Bellerina yang sedikit masuk akal itu.

"Tak tak.. buatpe beb nak ambil ujian nih lagiy? Bukannya ada guna pun! Macamlah kita boleh gi universiti lagi atau apa.." Dayang berkata kuat. Dia merenung permukaan meja kosong itu dengan penuh perasaan menyampah. Kalau boleh dia nak saja terbalikkan meja tersebut.

"Tah! Gila tak logik betullah..!" Rabiyatul juga tidak lepas daripada sesi merungut dan meroyan atas keputusan pihak atasan untuk adakan satu ujian, ujian bertujuankan apa mereka tidak pasti, tetapi ianya berkaitan dengan keadaan otak mereka.

"Paling takleh blah.. setahun kemudian, baru dia suruh ambil balik ujian nih beb!" Nadia yang duduk di sebelah Rabiyatul itu menambah.

Sudahlah masing-masing anti dengan perkataan 'SPM'..after what had happened to them. Siapa je tak?

"Ehhem!" seorang lelaki yang memakai cermin mata, berumur sama seperti mereka; SPM 2021's candidates dan duduk tidak jauh dari mereka itu berdehem kuat dengan sengajanya kerana mereka yang lain itu berbual dengan suara yang over kuat.

"Sorry sorry.." Anis berkata perlahan sambil menggosok belakang kepalanya. Second-hand embarrassment.

"Korang.." dia berpaling memandang rakan-rakannya yang duduk berhampiran sahaja dengannya.

"APA?!!" bahunya terhinjut ke atas sedikit dan membuatkan Fatin tertawa melihatnya.

"Errkk.. slow lah sikit suara tu.."

"Jadi.. kita ni sekarang dikira as SPM Candidates 2022 lah kan?" Bellerina bertanya sambil meletakkan satu jari di bawah dagunya acah sedang berfikir dalam.

"Subhanallah (Glory be to God).. itu ke yang penting sekarang nih?!" sumpah Hanisah sedang memberikan pandangan maut yang extra rare-nya kepada Bellerina. Bellerina hanya ketawa sambil menepuk-nepuk permukaan meja yang tidak bersalah itu.

Jihah, Dayang dan Nadia pula sudah buat-buat pengsan apabila mendengar soalan Bellerina tadi. Si Rabiyatul, rohnya dah melayang ke mana sejurus selepas soalan Bellerina dapat diproses oleh otaknya.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now