Aku menghenyakkan punggung ke atas deretan kerusi kayu yang disediakan di belakang bar untuk perkerja berehat. Keluhan demi keluhan aku lepaskan. Diikutkan hati dan perasaan, mahu sahaja aku baring di atas jalan tar ini sekarang juga. Melepaskan rasa sakit dan lenguh badan ini. Mana tak kepenatan, malam aku kerja di sini, seawal lapan pagi nanti aku kerja sambilan di 7Eleven lagi.
Masa untuk aku rehat hanya beberapa jam sahaja.
Mata ini kalau dibiarkan, sambil berjalan pun aku boleh tidur tahu. Akibat terlampau penatnya itu. Tetapi aku tidak akan menyesalinya, kerana aku tahu, aku lakukan semua ini demi orang yang aku sayang. Demi ibu.
Aku akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk keluarkan ibu dari penjara nafsu itu.
Air mineral aku habiskan lalu melempar botolnya yang kosong ke atas permukaan jalan tar. Belakang badan aku sandarkan lemah di dinding. Mata menatap dada langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang gemerlapan. Untuk seketika, aku berharap pada bintang untuk menyampaikan rasa rindu aku pada ibu.
“Ibu. . .” Mata aku pejamkan, membayangkan wajah ibu. Dada aku terus rasa sesak.
“Sung Kyung, janganlah tidur di sini weh. Balik sana, rehatkan badan kau tu. Dahlah nanti nak pergi kerja lagi.” Mata aku terbuka semula bila mendengar suara kasar Hyojung menyapa aku.
Mata aku sedikit kabur. Tangan aku menggosok kelopak mata aku, menghapus kesan air mata. Selepas itu sengihan aku tayangkan.
“Jung, aku penatlah. Dukung aku, boleh tak? Sampai simpang pun, cukuplah. Heeeee. . . .” Aku membuat muka comel berharapan yang dia akan terkesan. Namun hampa, tamparan lembut pada pipi yang aku dapat. Dasar kedekut! Aku memuncung sedepa.
“Memang taklah aku nak dukung kau, dahlah berat!” Tempias Hyojung sebelum masuk ke dalam lobi bar untuk mengambil begnya, rasanyalah.
Aku mengeluh malas, sambil menumbuk kaki aku. “Ah, jomlah kaki, kita balik.”
Baru sahaja aku hendak membuka langkah bila aku menangkap ada satu kelibat orang sedang memerhati dari kejauhan. Berpakaian gelap dan berhoodie. Agak lama aku perhatikan dia, namun orang itu sepertinya bukan perhatikan aku pun. Dia sedang minum di situ, iya. Ergh, sudah abaikan dia, Sung.
“Hoi!” Bahu aku ditepuk kuat.
Aku terlompat kecil sebab terkejut. Dada aku urut perlahan selepas memberikan tamparan pada bahu Hyojung. “Kau nak aku mati terkejutkah apa?!”
“Biarlah, tak menyusahkan aku.” Hyojung menjelir lidah.
“Kalau aku mati, aku hantukan kau sampai kau mati juga! Sama-sama kita jadi hantu.”
Hyojung ketawa terkekeh-kekeh sebelum mencubit pipi aku sebelah. Perit sungguh! “Dahlah, naik cepat!”
Mata aku membesar, dahi aku berkerut melihat dia duduk mencangkung di hadapan aku. “Naik? Kau nak dukung aku ke?”
“Kau nak ke tak nak ni? Aku kira sampai tiga. Satu, dua, ti— ”
“Okay okay!” Aku tertawa kecil sebelum memanjat naik ke belakang badan Hyojung. Eleh dia ini, tadi kata tak nak dukung aku. Cehhh.
Sebaik sahaja dia kemaskan pegangannya, Hyojung mula membuka langkah. Lehernya aku peluk manja sambil melentokkan kepala aku di bahunya.
“Baik juga kawan aku ni, heee. Bertuah aku dapat kau jadi kawan.”
Hyojung tertawa halus. Matanya tetap memfokus ke depan. “Ringan juga kau ni, kau tak makankah apa? Macam kapas.”
“Iyakah? Kalau begitu, hari-harilah kau dukung aku balik.” Ujar aku sebelum mendaratkan kepala dengan selesa.
Mata aku jadi berat.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...