Bab 19

321 47 1
                                    

Membuntang lebar matanya apabila seorang lelaki berambut merah yang amat dikenalinya masuk ke dalam bilik itu dengan selamba. Setelah lebih kurang tiga minggu senyap tanpa berita, tahu-tahu sahaja datang ke situ dengan penampilan yang baharu. Lebih kurang seperti seorang badboy lagaknya.

Ke manakah hilangnya lagak seorang lelaki koperat yang budiman Kim Taehyung yang dahulu?

Jeon Jungkook tertawa kagum sambil meneliti Taehyung atas bawah. Belakang badannya disandarkan pada kerusi kulit lalu disilang ke dada. “Wah wah lihatlah Kim Taehyung, apa yang sudah terjadi pada lelaki budiman itu, huh?”

Kim Taehyung mendabik dada bangga, sebelum mengambil tempat di depan Jungkook. Kening kanan dijongketkan beberapa kali lalu dia tertawa besar. “I don't really know, but I'm Kim Taehyung now. The bad Kim Taehyung.

Jungkook tertawa kecil, kepala digeleng-gelengkan. Serasanya dia sudah dapat meneka apa yang terjadi. “Let me guess Mr Bad Kim Taehyung, are you in love?

Tersedak air liur Taehyung jadinya apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Jungkook itu. Mata membulat tidak berkedip dan mulut ternganga. Reaksinya itu mendapat ketawa besar dari Jeon Jungkook. Sudah diagak!

Guess I'm right, huh. Siapakah gerangan yang malang itu sebab mendapat hati kawan aku yang senget ini?”

Taehyung terus mencebik. “Cet! Dasar mulut longkang! Tak ada sesiapalah setan!”

“Alah, merajuk pula dia. Tadi kata badboy, kenapa hati tisu ni ha?” Seloroh Jungkook sebelum tergelak lagi.

“Sudahlah diam, jangan cakap pasal aku lagilah. Aku datang sini sebab nak tanya pasal kau dengan Sung Kyung. Macam mana proses? Berjaya tidak?”

Mendengarnya, senyuman Jungkook lantas menurun dan air mukanya berubah sedikit kecewa. Jangan ditanya apa-apa tentang gadis itu, kerana dia sendiri tidak tahu keadaan Sung Kyung bagaimana. Sudah lebih dua minggu mereka tidak bersua. Mungkin waktu belum mengizinkan lagi.

“Entahlah, aku sendiri langsung tak ada idea dimana dia sekarang. Apa yang dia tengah lakukan. Aku tak tahu.”

“Sekejap, jangan cakap yang kau lepaskan peluang kau?”

“Kau rasa?”

Taehyung menepuk dahinya dengan tidak percayanya. “Seriously Jeon Jungkook? Bukankah dia gadis pertama yang berjaya tawan hati lelaki kau tu, kenapa lepaskan begitu sahaja, man?

“Kalau paksa itu bukan cinta, jadi biarlah masa yang tentukan semuanya. Kalau benar dialah gadis untuk aku, dia akan kembali juga pada aku. Jangan risau.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now