Jeon Jungkook menemani aku sepanjang pulang ke rumah Hyojung. Pada awalnya kami berdua hanya tinggal diam, masing-masing dengan pemikiran tersendiri. Aku yang masih terkejut dan perbuatannya tadi masih terbayang-bayang dalam kotak fikiran aku. Sehingga pipi aku terasa bersemu bila perasaan malu mula menyelubungi diri aku. Aku berasa gembira bila dapat berjumpa dengannya semula, seolah-olah memang ditakdirkan begitu.
Namun aku rasa gelisah dan takut dalam masa yang sama. Aku cuma takut, nasib aku akan bertukar sama seperti ibu. Disebabkan ayah aku menjadi takut untuk mempercayai mana-mana lelaki termasuk dia. Iya walaupun, dia nampak baik. Aku hanya bersifat berjaga-jaga sahaja.
Aku takut.
Setiba di depan rumah Hyojung, aku menghentikan langkah lalu perlahan aku berpaling menghadap Jungkook. Tersenyum kekok. “Sampai sini sahaja, t-terima kasih temankan saya pulang.”
Jungkook menyilangkan tangannya ke dada sebelum menyengetkan kepalanya merenung aku sedalamnya. “Kita akan berjumpa lagi, esok. Saya akan datang ke sini.”
“Uh, rasanya tak perlulah aw—”
Tiba-tiba dia mendekat dan menundukkan badannya sedikit untuk menyamakan paras wajah kami. Pipi aku rasa panas, sebab malu, sebab hembusan nafasnya yang rapat mengena pada kulit muka aku. Janggal, anak mata aku bergerak tanpa arah hanya sekadar untuk mengelak kontak mata dengannya.
“Rasanya awak sudah lupa dengan janji sendiri, kan? Awak kena terima saya dan awak tak boleh menolak. Awak yang berjanji, Sung Kyung.”
Aku memberanikan diri untuk melihat dia mata ke mata. Dia tersenyum kecil, masih mengekalkan jarak antara wajah kami. “A-awak baliklah sekarang. E-esok saya kena kerja lagi, dan saya tahu begitu juga dengan awak kan? J-jangan risau, saya tak akan lupa dengan j-janji saya.”
Jungkook tambah dekatkan wajah, aku pula mengundurkan kepala. Cuma apa yang dia mahukan ini?! Sudah-sudahlah buat aku malu.
“Betul? Awak takkan mengelak dari saya?”
“B-betul.”
“Betul?” Dia maju setapak menghapuskan jarak yang tersisa. Disebabkan aku kaget dengan perlakuannya, aku mengundur secara drastik dan hampir aku terjatuh ke belakang jika bukan kerana Jungkook memaut pinggang aku.
Terbuka luas mata aku melihat dia dari jarak yang amat rapat. Tetapi tetap aku berpaut pada lehernya, bagi mendapatkan sokongan. Sepantasnya dia mencium hujung hidung aku tanpa sempat aku mengelak.
Dia tersenyum mempamerkan gigi arnabnya itu.
“You're Jeon Jungkook's property.”
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...