Bab 33

253 46 0
                                    

Jungkook menundukkan wajahnya apabila menyedari renungan tajam dari mata ibu Sung Kyung. Dia menelan pahit liur yang berada di tekaknya. Mulut terkunci rapat dan lidah terkelu, sedangkan tadi dalam sepanjang perjalanan ke situ, dia sudah menyusun ayat untuk dijadikan ujarannya. Sekarang semuanya hilang ditelan gementarnya.

“Kau betul-betul bersungguh dengan niat kau untuk jadikan anak aku sebagai isteri?” Soalan pertama yang terpancul keluar dari mulut Puan Kim.

Jungkook menganggukkan kepalanya dengan yakin. “Saya bersungguh puan, saya benar-benar serius dengan Sung Kyung.”

“Kau takkan tinggalkan dia nanti? Kau takkan menyesal dengan keputusan kau? Kau tak jijik ke dengan dia, sedangkan dia adalah anak yang aku lahirkan. Maksud aku, kau tak jijik ke berkahwin dengan anak pelacur?”

Mendengar itu, Jungkook terus mengangkat wajahnya untuk melihat Puan Kim mata ke mata. Pertanyaan itu membuat dia berdebar tanpa sebab. “S-saya tak akan pernah tinggalkan dia, dan saya takkan menyesal dengan keputusan saya. Saya tahu ini agak mendadak sedangkan kami baru berkenalan tiga bulan lebih, tapi saya memang ikhlas. Saya cuma mahu melindungi dia sebab saya sayangkan dia. Disebabkan itu, saya tak kisah langsung tentang siapa dia, dan asal usul dia. Saya tahu, ini bukan pilihan puan juga.”

“Kau cakap memang mudah, tapi keluarga kau macam mana? Penerimaan mereka terhadap anak aku? Aku tak nak anak aku kecewa, jadi jika kau bersungguh, silakan aku tak akan halang. Tapi jika kau hanya sekadar mahu mempergunakan dia, tolong tinggalkan dia. Pulangkan dia ke tempat di mana dia berasal, faham?”

“Saya tak akan sesekali kecewakan dia, puan. Saya bersungguh mahukan dia menjadi isteri saya. Saya mahu dia sentiasa ada dengan saya, saya akan lindungi dia. Puan jangan risau.”

Puan Kim terus mengendur bahunya tanda berpuas hati dengan apa yang di dengarinya. Akhirnya dia mampu bernafas dengan lega memikirkan tentang Sung Kyung yang akhirnya menemukan kebahagiaannya. Jauh di sudut hati keibuannya, dia cuma mahukan anaknya itu bahagia dan gembira. Dia tidak mahu sekiranya anaknya itu menerima nasib yang sama sepertinya.

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya.

“Kalau begitu,” Puan Kim mengeluarkan sampul surat berisi wang yang dibawa ke situ. “Ambil duit ini, hanya itu yang aku mampu berikan untuk anak aku. Bawa dia pergi dari tempat ini, bawa dia jauh-jauh dari sini, sebab ayahnya sedang mencarinya sekarang. Jangan biarkan dia kembali ke sini. Faham?”

Terkebil-kebil mata Jeon Jungkook jadinya melihat keseriusan wajah Puan Kim. “P-Puan. .”

“Bawa dia pergi dari sini, dan jaga dia baik-baik. Aku harapkan kau untuk menjaga dan menyayangi dia, anak aku, Kim Sung Kyung.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now