Bab 16

350 58 1
                                    

“Ibu jangan tinggalkan Sung. . Jangan pergi, Sung merayu pada ibu. Tolonglah jangan. .” Rayuan sayu aku sambil memeluk kaki ibu erat, seeratnya. Tidak mahu melepaskannya pergi.

Sumpah, aku tidak akan mampu hidup tanpa dia. Tanpa kasih dan sayang seorang wanita bergelar ibu. Air mata mengalir dengan deras membasahi di pipi aku, begitu juga dengan ibu. Wanita yang aku cintai menangis di hadapan aku. Itu yang membuat aku rapuh dan lemah. Aku tidak mahu melihatnya menangis lagi.

“Ibu, janganlah pergi tinggalkan Sung. . . Sung sayangkan ibu. .”

“Ibu. . .” Tanpa aku sedari, genggaman erat aku akhirnya terlepas juga, dan ibu melangkah pergi jauh, dan semakin jauh.

“Ibu! Ibu! Ibu. . .”

Sung? Sung Kyung? Hey, bangun dan buka mata awak. Pandang saya, Sung.”

Perlahan aku membuka mata yang terasa basah dengan airmata apabila terdapat sepasang tangan yang menekup kedua pipi aku. Suara-suara halus memanggil nama aku, menjadikan kewarasan aku semakin nyata. Dan dengan itu, aku melihat wajah risau Jeon Jungkook di hadapan muka aku.

Terus aku bingkas bangun dan mencari-cari kelibat ibu di mana-mana. Tangan Jungkook yang berada di pipi aku pegang dengan cemas. “Ibu. . .saya nak ibu saya. Di mana ibu saya? Saya tak nak ibu tinggalkan saya sendiri, saya nak ikut dia. Tolonglah. . .”

“Bawa bertenang, Sung Kyung. Itu cuma sekadar mimpi, dia tak akan tinggalkan awak, percayalah.” Dia mengunci aku di dalam renungannya yang redup. Ibu jarinya mengusap kedua belah pipi aku dengan lembut sebelum menyatukan dahi kami. “Itu cuma mimpi buruk. Lupakannya, hm?”

Aku mempercayai kata-katanya itu, namun hati aku masih rasa terpukul dengan mimpi tadi. Seperti benar-benar berlaku, hasilnya airmata aku masih mengalir membasahi pipi. Aku cuma takut, itu sahaja. Takut kalau-kalau aku kehilangan ibu.

“Shhh. . .berhenti menangis, baby.”

Aku pejamkan mata mencuba menenangkan diri, sambil mendengar suara merdu Jungkook yang bersenandung perlahan. Dodoiannya membuat aku terbuai, sehingga secara tidak langsung aku menjadi tenang dan nyaman bila begini.

Aku suka berada dekat dengannya kerana dia tahu cara untuk meletakkan aku di dalam zon yang selesa dan selamat.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now