Bab 42

276 44 0
                                    

Aku tersedar dari lena yang panjang, menyedari terdapat sepasang tangan sedang melilit pada tubuh aku. Sementara dagunya direhatkan di atas kepala aku, aku pula berbantalkan lengan kekarnya. Aku tersenyum kecil sebelum mengundurkan badan sedikit untuk melihat wajahnya, tetapi dia mengesan pergerakan aku jadinya pelukan semakin dia eratkan. Aku semakin tersembam pada dadanya.

Aku cuma mendengar dia menggumam sesuatu yang tidak jelas. Jadi aku pun mengalah, hanya merenung dadanya yang terdedah. Disebabkan aku rasa bosan, hujung jari aku mainkan di atas kulitnya. Melukis-lukis bentuk dari leher sehingga sekitar permukaan atas dadanya. Jungkook bergerak-gerak sedikit kerana itu sebelum gelak halusnya kedengaran.

Aku mendongak semata-mata mahu melihat wajahnya yang berkerut menahan geli. Matanya masih terpejam, namun bibirnya terukir sebaris senyuman.

“Gelilah, baby.”

Aku tertawa kecil sebelum mengusap kelopak matanya dengan lembut. “Maaf sebab ganggu, tidurlah lagi. Saya tak akan kacau, tapi. . .”

Dia menggumam dalam, nampak gayanya memang masih mengantuk. “Hmmm. . .tapi?”

“Tapi, lepaskanlah saya dulu. Saya nak bangun dah ni, nak mandi. Badan saya rasa melekit gila. Lagipun, saya nak siapkan sarapan lagi.”

Matanya terbuka sedikit, untuk merenung aku. Seperti merayu, mata aku kerdip-kerdipkan beberapa kali sambil memuncungkan mulut. Perlakuan aku mengundang tawanya.

“Bagi morning kiss dulu, baru saya lepas.”

Aku kerutkan dahi. Apa benda itu? Kiss? Oh tak guna, aku faham itu apa. Aku terus kencupkan mulut tanda membantah sebelum dadanya aku tolak perlahan. “Ihh, tak naklah saya. Sudahlah saya belum cuci muka, belum berus gigi. Nafas berbau.”

“Tak ada alasan, kalau nak lepas kena bagi dulu.” Ujarnya sebelum kembali menutup mata. Kunci tangannya semakin diketatkan.

Aku mendengus perlahan. Sudahlah aku malu dengan keadaan aku sekarang ini, dia suruh buat benda yang pelik-pelik lagi. Eh bukan pelik, tapi perkara yang membawa kepada perasaan segan yang melampau!

Sepantas yang mampu, aku mencium hujung hidungnya lalu terus sahaja aku bangkit dari pembaringan secara mengejut supaya rangkulan terlepas. Aku terus memecut lari ke dalam bilik air dalam keadaan yang memalukan.

Sebaik aku menerobos ke dalam bilik air, aku terdengar gelak ketawa Jungkook di luar.

“Saya nampak awak, baby. . .”

Aku tekup muka yang panas berbahang dalam telapak tangan. Malunya aku!!

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now