Aku sandarkan kepala pada dinding sementara tangan aku menekup perut yang rasa semacam sahaja sejak pagi tadi. Rasa macam mahu buang air besar, tapi bila pergi tandas tak ada pula keluarnya. Angin sahaja. Barangkali aku ada tersalah makan semalam. Disebabkan rasa sakit ini juga, mood aku pun jadi macam tak betul.
Ada sahaja yang tidak betul di mata aku, seperti mahu mengamuk sepanjang hari. Sehingga kulit wajah aku terasa panas dengan marah yang ditahan. Pemalas pun menjadi-jadi, rasa mahu baring dan tidur sahaja.
Bila aku pejamkan mata untuk beberapa ketika, terasa bahu kiri aku hangat bila ada seseorang duduk di sebelah aku. Dapat menjangka dia adalah Jungkook, aku hanya berdiam, menutup mata.
“Baby? Masih sakit perut lagi ke?” Tanyanya yang terus membuat aku berasa geram. Sudah nampak aku begini, semestinyalah masih sakit.
Bertanya lagi, ergh!
Aku mendengus kasar. “Awak tengok saya macam orang okay ke sekarang ni? Tanya lagi!”
“Okay okay, janganlah marah. Saya tanya saja pun, risaukan tentang keadaan awak,” Nada suaranya mengendur. Tidak lama kemudian terasa tangannya membelai lembut rambut aku. “Saya ada belikan ubat tahan sakit ni, awak makanlah dulu. Tak lama lagi waktu rehat tamat. Nanti kerja pun tak larat kalau masih sakit.”
Jungkook ini memang suka membebel kan? Bingit telinga aku mendengar bebelannya yang tak habis-habis. Mata terus aku celikkan segera sebelum menjelingnya dengan geram. Plastik berisi ubat dalam tangannya aku rampas, dan aku terus berlalu tinggalkan dia.
“Bising!” Dengus aku kasar.
Langkah semakin aku lajukan bila mendengar dia menjerit memanggil aku. Derapan lariannya semakin mendekat, jadi aku bertambah kelam kabut untuk melangkah jauh-jauh.
“Baby sekejap!”
Aku abaikan dia.
“Baby!”
Tangannya pantas menangkap bahu aku, lalu tubuh aku dipeluk dari belakang. Aku meronta kecil sebab tidak selesa dan tidak suka bila diperlakukan begini. Sudahlah di tempat kerja, banyak mata yang memandang. Tapi sekuat mana aku mencuba untuk menepis tangannya, rangkulan bertambah erat sahaja.
Aku mengeluh kasar. “Lepaslah! Tak malu dengan pandangan orang?!”
“B-Bukan begitu baby,” Dia membisik perlahan di telinga aku. Dia mula melangkah ke tepi rak stok barangan sedikit membawa aku bersama. “T-tapi tadi, saya nampak sesuatu yang aneh pada belakang punggung baby. Baby period eh?”
Muka aku rasa macam ditampar sebab malu.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
ФанфикETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...