Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri, katil yang menempatkan Sung Kyung ditolak masuk tergesa-gesa ke dalam wad kecemasan. Beberapa jururawat dan doktor kelihatan kelam kabut untuk membuat persediaan pembedahan yang akan dijalankan sebentar lagi. Jeon Jungkook baru sahaja ingin menerpa masuk sama ke dalam ruangan tersebut terus ditahan oleh ayahnya di depan pintu wad.
Jungkook ditarik undur semula apabila pintu itu tertutup semula sendiri. Meski begitu, matanya masih terarah ke dalam sehinggalah daun pintu benar-benar rapat. Nafas berat dihela lalu dia menolak rambutnya ke belakang dengan kasar. Melihatkan kekusutan yang dialami, ayah Jungkook menepuk perlahan bahu si anak.
“Bawa bersabar, Jungkook. Kita doakan yang terbaik buat Sung Kyung. Segalanya akan berjalan dengan lancar.”
Jungkook tidak menjawab, tidak mampu mengutarakan apa-apa perkataan sekalipun. Dia rasa sesak, risau dan takut yang teramatnya. Jungkook hanya menganggukkan kepalanya sambil memegang tangan ayahnya yang berada di bahu. Memberikan isyarat yang dia juga berharap yang sama.
Tidak lama kemudian setelah lampu merah menyala di atas pintu wad, ibu Jungkook juga baru tiba di situ. Seraut wajahnya juga turut terpamer kerisauan. Sebaik sahaja tiba berhampiran, dia langsung mendakap tubuh Jungkook. Mencuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan buat anaknya itu.
Jungkook mulai menangis perlahan, melepaskan sikit demi sedikit rasa perih di dada. Namun semua ini terlalu berat untuk dia hadapi dalam keadaan dirinya yang juga tidak seberapa kuat. Sudah berkali-kali dia melewatkan terapinya, dan dia sendiri sebenarnya bertarung dengan sakit yang dia alami. Oleh itu, tubuhnya pelan-pelan melemah lalu kepalanya terasa berpusing-pusing.
Jungkook jatuh pengsan di dalam pelukan ibunya.
***
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...