Aku perlahan-lahan menghampiri Jungkook yang sedang duduk membelakangkan di hujung katil. Dia tidak sedar langsung kehadiran aku di sini, jadi aku menahan tawa sebaik yang mungkin. Melihat dia kembali ke sini, bagaikan satu mimpi yang bertukar realiti. Mimpi yang sangat-sangat aku inginkan, dan perasaan bahagia aku itu tidak tergambar lagi bila mengetahui yang Jungkook benar-benar ada di sini.
Aku tiba-tiba memeluk dia dari belakang yang membuat badannya melonjak sedikit akibat terkejut. Melihatnya aku tergelak kecil. Dagu didaratkan pada bahunya sementara aku lingkarkan tangan pada pinggangnya. Aku rindukan dia, sangat-sangat.
"Buat apa tu?" Tanya aku bila terlihat telefon yang secepatnya dia tutup.
Jungkook tertawa janggal, kepala dia gelengkan. "Tak ada apa baby, chat dengan kawan je."
"Hmm. .saya rindu awak," Aku pejamkan mata dan tekup wajah di belakang badannya. Menghidu bau badannya yang amat wangi bagi aku. Seperti ketagihan. Aku sendiri pelik dengan perubahan aku. "Rasa macam tak nak lepaskan awak, rasa macam nak melekat dengan awak setiap hari."
Aku mengundur sedikit bila terasa Jungkook memalingkan badannya untuk menghadap aku. Senyuman manis terhias pada wajahnya yang sedikit pucat. "Sekarang saya faham kenapa saya tiba-tiba sakit, tiba-tiba rasa aneh dan ada satu perasaan yang kurang rasanya bila awak jauh dari saya. Rupanya awak sedang bawa sebahagian dari diri saya, dalam diri awak."
Aku tidak boleh menahan sengihan mendengar ujarannya, lagi-lagi bila tangannya turun untuk mengusap permukaan perut aku yang masih belum menunjukkan bukitnya. Mungkin kerana masih awal, ataupun kerana badan aku yang kecil.
"Saya gembira tahu, bila dapat tahu yang saya mengandung. Sebab saya sendiri tak perasan langsung."
Jungkook berdehem perlahan, mendekati aku lalu ubun-ubun kepala diusapnya dengan lembut dan berhati-hati. Seolah-olah takut menyakiti aku, seolah-olah aku ini rapuh yang seharusnya dibelai dengan lembut. "Sayang ada rasa mual atau loya tak? Pening atau apa-apa sahaja? Bagitahu saya, okay? Sebab itu memang perkara normal untuk wanita yang mengandung. Ataupun sayang ada teringinkan apa-apa, saya akan cuba dapatkan."
Mata aku membulat mendengarnya. Sengihan aku tambah lebar. "Awak panggil saya apa tadi? Sayang? Kenapa bukan baby lagi?"
"Sebab kita bakal ada baby nanti, sayang. . . Mana boleh panggil awak begitu lagi, awak sudah menjadi seorang ibu. Awak kesayangan saya, dan dalam ini, adalah baby saya." Ujarnya sambil tangannya menggomol perut aku dengan manja. Aku terkekeh ketawa.
"Tapi serius ni, kalau awak rasa teringin nak apa-apa, bagitahu okay?"
Aku menganggukkan kepala laju. "Okay. . . Buat masa sekarang ni, saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak awak je."
Jungkook tahan senyuman sebelum dia meraih tangan aku. Jemarinya dikaitkan antara jemari aku dengan kemas, lalu dia mencium cincin kahwin yang berada di jari manis aku. "Saya janji dengan awak, saya tak akan tinggalkan awak sampai bila-bila. Sampai waktu dan takdir sendiri yang bawa saya jauh dari awak. Mungkin kita akan terpisah suatu hari nanti, tetapi itu hanyalah jasad sahaja sebab hati saya ini, cinta saya ini, akan sentiasa hidup untuk awak. Bukti cinta saya, ada di dalam rahim awak sekarang. Saya harap awak akan jaganya dengan baik, dan sepenuh kasih sayang awak."
Aku tekup kedua pipinya dan satukan dahi kami. Mata aku rasa hangat, aku mudah menangis sekarang. Emosi tidak stabil. "Saya janji, saya akan jaga dia dengan sebaik yang mungkin. Sepertimana saya jaga cinta awak. Awak takkan tinggalkan saya, kan?"
"Tak, sayang."
Aku tertawa dalam tangisan. "Banyak kali kita diduga dengan perpisahan, tapi pada akhirnya kita tetap bersama. Walau sesukar mana yang kita lalui, kita tetap bersama. Memang ini, apa yang dikatakan takdir? Ia terlalu indah."
"Ia sememangnya indah, sayang. Awak adalah hal yang paling membahagiakan yang pernah berlaku di dalam hidup saya. Sampai saya takut, saya tak mampu untuk balas semuanya pada awak."
"Awak kebahagiaan saya, Jungkook."
"Tapi awak kena tahu, yang saya tak mungkin selamanya ada untuk awak."
Aku terus menggelengkan kepala setelah mendengarnya. "Selamanya mungkin memang mustahil, jadi sentiasalah ada dengan saya selagi waktu masih mengizinkan kita bersama."
"Saya percayakan takdir, Sung. Ia tak pernah hampakan saya, dan saya yakin awak adalah tujuan hidup saya. Terlihat awak buat kali pertamanya dahulu, hati saya terus terpaut pada awak. Terlihat awak buat pertama kalinya dahulu, titik pertama saya mula percayakan kuasa cinta."
Tersenyum nipis, hujung hidungnya aku kucup sekilas. "Dan awak lelaki pertama yang berjaya buat jantung saya berdegup kencang pada setiap kali melihat wajah awak. Mungkin bila hidup tanpa awak, ia akan berhenti berdetak sebab awak adalah punca kekuatan saya. Tanpa awak, saya lemah."
"Dan tanpa sayang, hidup saya terasa seperti tiada cahayanya. Sayang lengkapi setiap kekurangan yang ada, sayang yang pertama dan terakhir."
Mendengarkannya, aku tidak boleh menahan diri dari tersenyum lebar di depannya. Leher Jungkook aku paut dengan kemas sebelum memagut bibirnya dengan perasaan tidak malu aku. Cuma dia yang ada dalam fikiran aku sekarang ini.
*****
![](https://img.wattpad.com/cover/153000791-288-k586496.jpg)
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...