Bab 82

157 21 0
                                    

“Awak yakin, yang awak boleh lakukannya?”

Tanya aku pada Jungkook, meminta kepastiannya. Bukan sebab aku tak percayakan dia, hanya aku tidak mahu kalau-kalau permintaan aku ini bakal membuat dia kembali sakit.

“Saya boleh sayang, jangan risau. Kan saya dah jalani rawatan terapi berkala, saya sudah beransur pulih. Setakat dukung awak, bukan hal yang besar.” Balasnya bersungguh-sungguh. Kerusi roda ditolak mendekat ke tepi katil. Senyuman melebar ke telinga tanda yang dia benar-benar senang hati bila aku akhirnya mahu keluar berjalan di taman.

Sebenarnya dari beberapa hari yang lalu lagi dia ajak aku keluar ke taman, tapi aku tolak beralasan yang aku mahu berehat. Dia ajak aku pun sebab katanya, aku sudah lama terpuruk di dalam bilik wad sahaja. Aku perlu untuk menghirup udara segar supaya memudahkan proses pemulihan, itu apa yang Jungkook cakapkan.

“Peluk leher saya,” Arahnya bila dia selipkan lengannya di belakang lutut aku. Manakala sebelah lagi memeluk badan aku dengan kemas. Aku terus pautkan kedua lengan pada lehernya, mengharapkan sokongan di situ. Lalu tubuhku terasa terapung. “Saya boleh lakukan apa sahaja buat awak, sayang.”

Aku melarik senyuman. “Saya tahu.”

Jungkook letakkan aku ke atas kerusi roda dengan penuh berhati-hati. Kaki aku diatur dengan baik di atas pemijaknya. Setelah itu kaki aku dilitupi dengan selimut. Apabila sudah memastikan yang aku berada dalam keadaan yang selesa, dia mula menolak aku keluar dari bilik wad.

Aku menarik nafas dalam sambil memejamkan mata, menikmati udara segar bila kami tiba di taman. Serasanya sudah terlalu lama aku terkurung sahaja di dalam bilik wad sehinggakan aku terlupa bagaimana rasanya berada di luar.

Ia sangat-sangat menenangkan.

Aku mencelikkan mata semula bila terasa seperti Jungkook sedang berteliku di hadapan aku. Dan iya, dia melakukannya. Aku senyum kecil membalas senyuman yang dia berikan kepadaku. Tangan aku digenggamnya perlahan.

“Awak cantik, sayang.”

Aku tersipu malu mendengar pujiannya. Tiba-tiba pula. “Kenapa awak tiba-tiba puji saya pula ni?”

“Sengaja. Rasa macam lama tak bersweet dengan awak,” Aku tertawa kecil manakala Jungkook bangun sedikit untuk mencium dahi aku. “Awak seorang wanita yang berani dan kuat.”

“Lagi?” Aku mengujinya.

“Awak sempurna. Awak satu-satunya wanita yang memiliki hati saya. Awak segala-galanya buat saya. Awak ibu kepada anak saya. Awak adalah amanah yang diberikan pada saya, untuk saya jaga, rawat, lindungi, sayangi dan cintai sepenuh hati saya. Awak adalah bidadari saya, di dunia sehingga ke syurga nanti.”

Aku menelan liur dengan payah bila anak tekak aku terasa perit dan mengetat. Aku terharu dengan ucapannya yang benar-benar menyentuh hati.

“Jungkook,” Dia memandang ke dalam mata aku, sambil tangan aku diangkat lantas dihadiahkan kucupan pada belakang tangan aku. “Maafkan saya.”

“Untuk?”

“Maafkan saya, kalau saya tak dapat bertahan nanti.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now