Aku terus paksakan diri untuk berjalan, meskipun dalam keadaan yang terumbang-ambing. Aku perlukan kepastian, aku mahukan kepastian dengan berita yang baru sahaja aku terima. Penipuannya selama ini terhadap aku, dan aku mahu saksikannya sendiri dengan mata kepala aku.
Sampai hati dia menipu aku!
Kalau bukan sebab ibu Jungkook yang menceritakan pada aku, mungkin sampai bila-bila aku takkan tahu soal ini. Dengan air mata yang berjuraian jatuh di pipi aku mendekati bilik yang menempatkan dia. Tangan Elena yang merangkul lenganku, aku tolak perlahan selepas memberikan isyarat yakin yang aku okay berjalan sendiri.
Pintu bilik aku kuakkan dari luar, lantas aku menapak masuk ke dalam setapak demi setapak. Sampai mata aku memerhatikan apa yang ingin aku saksikan semenjak tadi. Hati aku hancur setelah mendapat jawapan pada persoalan yang bermain dalam fikiran aku.
Aku benar-benar ditipu oleh Jungkook.
Sebaik mata Taehyung bertembung dengan mata aku yang sudah berair ingin menangis, jari telunjuk aku letakkan ke bibir. Tidak mahu dia bersuara mengatakan yang aku ada di sini.
Sekujur tubuh seorang Jeon Jungkook yang sedang terbaring lemah di atas tilam katil itu, aku perhatikan penuh sayu. Aku tidak dapat menahan kesedihan yang menggigit di dalam, hati aku seakan dicengkam kuat. Sakit sangat. Tangan aku menekup di mulut, tidak mahu esakkan terlepas.
“Uhmm Jungkook, aku keluar pergi kafe kejap eh. Nanti aku datang balik.” Taehyung mencari alasan untuk keluar. Mungkin dia sedar yang Jungkook dan aku memerlukan ruang untuk memperjelas apa yang berlaku.
Jungkook yang masih menutup matanya hanya menggumam pelan. “Pergilah jangan risau, aku okay. Lepasni aku nak pergi lawat Sung Kyung juga. Sudah tiga hari aku di sini, entah apa yang dia fikirkan. Aku risaukan dia.”
Bibir terus aku gigit, tangan aku semakin kuat menekup mulut sementara air mata menjadi-jadi membanjir keluar. Ya Tuhan. . Dalam keadaan dia yang seperti itu, hanya aku sahaja yang dia risaukan? Dia sakiti diri dia hanya untuk menjaga aku, sentiasa ada di sisi aku. Tapi dia ketepikan rawatan yang sepatutnya pula dia terima.
“O-okay, aku k-keluar dulu.”
Selepas Taehyung melangkah keluar dari bilik wad ini, kesunyian menjadi penghuni abadi. Perlahan-lahan aku bergerak mendekati tepi katil, lantas punggung aku henyakkan ke atas kerusi. Tangan aku naik menyeka air mata yang tak putus-putus mengalir setelah melihat keadaan Jungkook yang seperti ini.
Diikutkan hati aku, mahu sahaja aku menariknya lantas memeluk dia seerat-eratnya. Tapi entah kenapa, aku hanya terkaku begini. Hanya menangis dalam diam merenung dia yang sedang menutup mata.
Sampai hati dia rahsiakan semua ini dari aku selama berbulan-bulan lamanya kami bersama. Padahal dia sudah berjanji yang dia takkan selindungkan apa-apa dari aku. Ini bukannya perkara kecil. Aku berhak tahu.
Jungkook mengerang sakit perlahan lalu perlahan dia berpaling badan menghadap aku. Matanya masih terkatup rapat. Lantas kesempatan ini aku ambil untuk meneliti keseluruhan wajahnya. Pipi dia semakin cekung, kulitnya pucat lesi, bibirnya kering merekah.
Benarlah kata ibu Jungkook tadi, takdir kami berdua amat-amat memedihkan. Pedihnya bukan kepalang lagi.
Kedua belah kelopak mata aku terasa sembab membengkak. Aku penat menangis, tetapi sungguh air mata ini masih mengalir seperti tiada tanda akan berhenti. Tidak tahan lagi menahan esak tangis, terluah sedikit akhirnya olehku sehingga membuat Jungkook membuka matanya sedikit.
Mata bertentangan.
Jungkook hanya merenung aku lama, mungkin masih belum sedari sepenuhnya yang aku berada di sini hakikatnya. Dan aku sudah ketahui segala-galanya yang dia rahsiakan dari pengetahuan aku.
Seketika kemudian, anak matanya membulat besar lantas dia terus bangkit dari pembaringan. Matanya bergetar seiring bibirnya yang terbuka ingin mengucap sesuatu. “Sayang. .”
“Kenapa awak buat saya begini? Kenapa awak buat diri awak begini hm, Jungkook?” Ucap aku selepas mengumpul kekuatan lebih.
Jungkook meraup wajahnya. Tertekan. “Sayang, percayalah saya cuma tak nak awak risaukan saya. Saya selindungkan semua ini demi—”
“Jangan cakap ia untuk kebaikan saya,” Suara aku menegas. Mata aku pandangan jauh ke dalam matanya. “Saya tak gembira langsung lepas tahu semua penipuan awak pada saya. Saya rasa kecewa. Awak dah janji pada saya Jungkook, awak takkan selindungkan apa-apa. Tapi kenapa?”
“Sayang. . .”
Aku terus berdiri. Air mata kembali bergenang di kelopak mata sehingga pandangan aku bertukar kabur.
Jungkook tahan lengan aku. “Sayang, dengar dulu apa yang saya nak cakap.”
Aku gelengkan kepala. Tangannya aku tolak turun. “Awak sudah cukup berkorban buat saya, Jungkook. Saya tahu awak cuba buat yang terbaik untuk saya. Tapi kalini, tolong fikirkan tentang diri awak juga kalau benar awak sayangkan saya.”
Aku rapatkan diri, lantas mendakap tubuhnya erat. Merasakan dia turut membalas pelukan, aku melepaskan tangisan di bahunya.
Aku sakit, Jungkook juga sakit.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...