Bab 36

260 40 1
                                    

Aku diam macam tunggul mendengar perbualan Jungkook dengan orang tuanya. Mereka bukan berbual soal perkahwinan itu, sebaliknya hanya bertanyakan tentang khabar masing-masing. Aku mengagak yang Jungkook tinggal berasingan dengan ibu bapanya selama ini, sebab itulah wajah mereka kelihatan berseri-seri selepas melihat Jungkook ke mari.

Dan sejujurnya, rumah ini sangat-sangat mewah sehingga aku berasa segan serta merta. Tidak pernah aku menjejak kaki di rumah semewah ini, dan ini adalah kali pertamanya. Sampai-sampai aku rasa tidak layak melihatkan status aku yang tidak setaraf.

“Jadi, di mana Jungkook jumpa dia? Dan, sudah berapa lama kamu berdua berkenalan?”

Aku terus terhenti makan setelah mendengar pertanyaan rambang dari ibu Jungkook itu. Punggung aku tidak senang duduk, dan jantung aku berdebar sakan. Mungkin Jungkook sedar keadaan aku yang mulai panik, tangan kanan aku lantas digenggam olehnya.

“Kami berdua sudah berhubungan selama lebih tiga bulan, Mummy. Kook kenal dia selepas saya hampir melanggarnya tempoh hari. Rasanya ayah masih ingat, kan?”

“Ah, yang it—” Tanpa sempat ayah Jungkook menghabiskan ayat, ibunya sudah mencela. Riaknya seperti tidak berminat langsung untuk mengetahui tentang itu. Jadi apa motifnya bertanya?

“Mummy dapat tahu yang Jungkook berjumpa dengan dia, di sebuah night club, am I right?

Aku tersedak air liur mendengarnya. Tangan Jungkook semakin aku genggam.

“I-itu s-sebab dia bekerja di situ, tapi sebagai pelayan untuk menghantar minuman sahaja. Tidak lebih dari itu.” Balas Jungkook, membela aku.

“Apa yang Jungkook tahu, hm? Ada Kook siasat latar belakang dia, asal usul dia, dan siapa ibu bapanya? Macam mana kamu boleh berniat untuk memperisterikan seorang gadis yang tidak jelas asal usulnya, hah Jeon Jungkook?”

Mummy, Jungkook kenal siapa dia dan saya juga tahu asal usul dia.”

“Habistu, kalau sudah tahu kenapa masih lagi mahu menjadikan dia sebagai isteri kamu? Memangnya tak ada gadis lain selain anak pelacur ini?!”

Mummy!”

Aku tarik tangan Jungkook memberikan dia isyarat supaya duduk semula bila dia tiba-tiba berdiri dan menaikkan suara pada ibunya. Aku menjadi serba salah. Iya walaupun kata-kata puan Jeon tadi sedikit sebanyak telah menghiris hati aku, namun aku boleh berbuat apa? Memang itulah kenyataannya. Siapa sahaja yang dapat menerima gadis bertaraf rendah seperti aku ini?

Semestinya ibu bapa Jungkook juga menginginkan yang gadis yang baik-baik untuk dia.

Mummy tak kisah Jungkook, kalau kamu ingin berkahwin di usia muda. Tapi tidak dengan gadis seperti dia. Ramai lagi yang lebih layak bergandingan dengan Jungkook melainkan dia.”

Jungkook melepaskan satu keluhan kasar. “Memangnya kenapa dengan dia, kenapa dengan Sung Kyung? Dia juga manusia biasa, ada hati dan perasaan. Mummy bercakap mengikut sedap mulut sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mummy tak ada hak untuk menghukum hidup seseorang.”

“Dan kamu Jeon Jungkook, tak ada hak untuk melawan cakap Mummy. Mummy yang lahirkan kamu, Mummy yang besarkan kamu. Kami yang berikan kasih sayang pada kamu, dan kamu langsung tidak berhak meninggikan suara pada ibu bapa kamu, faham?!” Nada suara puan Jeon meningkat seoktaf. Tangan menumbuk permukaan meja makan sehingga menyebabkan Jungkook mengunci mulutnya serta merta.

Wajah dia tundukkan, dan bibir diketapnya rapat. Aku mula sedari sesuatu, yang Jungkook sebenarnya tidak mahu melawan cakap ibunya. Dia terpaksa, kerana aku.

Dan aku rasa berdosa telah menyebabkan kekecohan ini berlaku.

Jadi perlahan aku melepaskan tangan Jeon Jungkook lalu menghela nafas berat. Dia pandang aku dengan mata yang dibesarkan, dan aku balas hanya dengan senyuman kecil.

“S-saya minta maaf atas apa yang berlaku, ini silap saya. Saya sedar, saya tidak setaraf untuk hidup bersama anak encik dan puan Jeon. Saya tahu taraf saya sangat-sangat rendah jika dibandingkan dengan Jungkook. Sekali lagi, saya minta maaf. Terima kasih atas layanan baik encik dengan puan, saya minta diri dulu.”

“Baguslah kalau kau sedar diri.” Selar pedas ibu Jungkook, membuat pipi aku terasa perit seperti ditampar dengan kata-kata itu. Namun aku hanya balas dengan senyuman.

Aku menundukkan badan tanda hormat, sebelum berura-ura bangkit untuk ke pintu utama. Setiap langkah aku hayun dengan seribu satu perasaan sakit dan pedih kerana diperlekehkan sedemikian rupa. Seharusnya aku patut sedar lebih awal tentang ini. Aku sepatutnya sedar diri, yang Jungkook tidak layak untuk bersama gadis seperti aku.

Aku menggigit bibir menahan sendu, sambil menundukkan wajah. Bila sahaja aku mahu melangkah ke luar, tangan aku dipegang oleh seseorang. Dan aku tahu, itu Jeon Jungkook.

“S-Sung, tunggu dulu. Jangan pergi dulu.”

“Tak Jungkook, saya sedar diri. Saya bukan gadis yang selayaknya berdampingan dengan awak. Saya tak nak awak bergaduh dengan ibu bapa awak. Biar saya pergi, okay?”

“Saya akan ikut awak.”

Sebelum sempat aku membalas apa-apa, puan Jeon telah terlebih dahulu berjalan ke mari dan menjerit nama Jungkook. Jadinya aku terkaku.

“Jungkook, kalau setapak kamu melangkah keluar dan ikut dia, maka kamu bukan lagi anak mummy dan ayah. Yang mana lebih kamu utamakan huh? Budak itu atau mummy.”

Jungkook terus menundukkan wajahnya yang berkerut, mungkin menahan kecamuk emosinya. Dan perlahan-lahan sahaja, pegangannya pada lengan aku melonggar dan, terlepas.

Aku tersenyum sayu.

“Selamat tinggal, Jeon Jungkook. Terima kasih untuk segala-galanya.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now