Bab 14

361 59 7
                                    

Aku mengusap perut aku yang terasa penuh dengan makanan. Selama sembilan belas tahun aku hidup, ini adalah kali pertamanya aku merasakan kenyang yang sesungguhnya. Jujur aku katakan itu. Semua makanan yang dipesan oleh Jeon Jungkook sangat menyelerakan, lagi-lagi stu ikan belut. Dia kata, itu adalah makanan kegemarannya, dan paling penting ikan belut baik untuk kesihatan. Sebab itulah dia desak aku untuk habiskannya.

Aku berdiri menghadap orang ramai yang masih lalu lalang meskipun hari sudah semakin larut malam. Malahan semakin ramai tahu berbanding tadi.

Bahu aku dicuit, lalu segera aku menoleh. Kening kanan aku jongketkan melihat Jungkook yang sedang mengemaskan jaket panjang yang tersarung di badannya.

“Sudah?” Tanya aku.

Dia menganggukkan kepala sebelum mengambil tangan kiri aku dan digenggam erat lalu dimasukkan ke dalam kocek jaketnya. “Sudah, jom balik.”

Kami mula membuka langkah meninggalkan kawasan ini. Tangan aku masih kekal di dalam genggamannya yang membuat aku tidak selesa. Dia buat aku berasa malu.

Disebabkan itu, aku menahan lengannya dengan tangan sebelah dan dia berpaling sedikit untuk melihat aku. Wajah polos dia tayangkan. “Iya?”

“Perlukah awak buat begini? Saya rasa segan dengan awak.” Soal aku sambil tersengih janggal.

Jungkook pandang wajah aku dan poketnya bersilih ganti, lalu tersenyum manis menampakkan gigi arnabnya. “Taklah, saya sentuh tangan awak sejuk sangat. Sebab itulah saya buat begini, kalau boleh kedua-dua tangan awak saya nak genggam.”

Aku tersipu malu mendengar ujarannya. Pandangan aku buang ke arah lain bila terasa pipi aku hangat. Aku tak tahu perasaan apakah ini, tetapi Jeon Jungkook memang sesuatu. Aku terasa seperti dihargai dan disayangi setiap kali aku bersamanya. Ini satu perasaan yang baharu aku alami.

Untuk beberapa minit kemudian, kami hanya senyap. Masing-masing dengan fikiran sendiri. Acap kali aku mengerlingnya sekadar untuk melihat wajahnya, dan aku perasan yang dia tersengih-sengih sendiri. Entah apa yang dia fikirkan. Terlalu bosan akhirnya aku mengambil keputusan untuk bercakap dengannya. Apa-apa topik sahaja yang penting tidak bosan.

Aku mengemam bibir mencari idea isu perbualan. “Oh tadi kan, masa di hospital, macam mana awak cam saya iya?”

Dia menoleh sekilas, senyum kecil. “Kata hati saya kuat mengatakan yang itu awak, walaupun awak berpakaian gelap dan selindungkan wajah.”

“Betul? Boleh percaya ke?”

Dia tertawa halus pula kali ini. “Sebenarnya, saya cam sweater yang awak pakai tu. Baju saya takkan saya tak kenal, kan? Lagipun saya perasan disebalik sweater tu, ada kain baju hospital yang terkeluar sedikit. Saya tahu itu awak.”

Aku terus tunduk melihat baju yang tersarung pada badan aku. Ini, baju dia? Seterusnya, aku hanya tinggal diam sambil memuncungkan mulut. Entahlah, aku rasa malu tetapi dalam yang sama aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasakan. Kenapa aku jadi begini?!

Aku mengeluh halus.

“Sung, awak letih?”

“Uh?” Aku menoleh pandang dia yang tiba-tiba menghentikan langkah. Wajah aku direnung dalam. “T-taklah, saya okay.”

Jeon Jungkook meleraikan genggaman tangan, lantas dia duduk mencangkung di hadapan aku. Mata aku membulat, terkejut dengan tindakan spontannya. Untuk apakah dia melakukan itu?

“Naik belakang saya, saya dukung awak sampai hospital.”

E-errrr. . .apa dia?

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now