Bab 72

154 21 0
                                    

Aku menghela nafas perlahan, melepaskan rasa penat tidur untuk satu masa yang agak lama bagi aku. Apabila aku semakin sedar, baru aku terasa kebas di lengan kanan seakan-akan ditindih dengan objek berat dan lama. Jadi sedikit demi sedikit aku membuka kelopak mata tetapi sebaik sahaja cahaya terang menerjah, aku kembali menutup ia seketika. Memberi masa untuk iris mata mengadaptasi suasana di sekeliling.

Cubaan kedua aku berjaya, mata aku meliar ke sana sini mencuba mengenal pasti aku di mana sebenarnya. Sehinggalah aku sedari, yang aku berada di dalam wad hospital. Terus memori yang lalu menerjah ke dalam minda, mata aku terbuka luas seluasnya.

Darah.

Anak aku.

Memikirkan semua itu semula, tangan aku pantas menyentuh permukaan perut. Aku menjadi gelabah, sedih, takut, perasaan yang bercampur aduk. Semua itu membuat emosi aku berkecamuk, dan tanpa terkawal aku terus menangis. “Baby. . . . Baby. . .”

“Sayang?”

Kepala aku pantas tertoleh ke tepi selepas mendengar suara itu. Jungkook sepertinya baru tersedar dari tidur, namun begitu kerisauannya masih jelas kelihatan. Melihatkan dia bahkan aku bertambah lebih sedih, tangisan aku semakin teruk. Aku rasa bersalah pada suami aku, aku gagal menjaga amanat dia dengan baik.

“Jungkook. . . Sa-saya minta maaf. Baby kita, saya gagal—”

“Shhh. .” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, dia letakkan jari di hujung bibir aku. Pipi aku diusap lembut, menyeka air mata yang mengalir. Tangan aku digenggam dengan sepenuh keyakinan. “Jangan risau sayang, baby kita selamat. Tak ada yang buruk berlaku padanya. Dia masih ada, masih bernyawa dalam diri awak. Jangan susahkan hati awak sekarang, sayang. Awak baru sedar.”

Mendengarkan ujaran Jungkook bagaikan satu mimpi bagi aku. Mata aku pandang dia dalam, meminta kejujurannya. Aku cuba untuk mempercayainya, tetapi ada sudut hati aku yang masih lagi berasa takut akan hal itu. “B-betul? Baby kita selamat? Awak tak tipu saya, kan? Awak bukan hanya mahu sedapkan hati saya, kan? Anak kita memang masih ada, kan?”

“Iya sayang, iya. .” Jungkook menganggukkan kepalanya laju, berusaha untuk meyakinkan aku. Dan aku percayakannya. Sebaik sahaja dia mencium dahi aku, air mata langsung mengalir lagi. Aku gembira, sangat gembira. “Saya tak tipu awak. Ia benar. Awak dengan baby berjaya diselamatkan bersama. Anak kita masih ada, sayang. .”

Tangan aku naikkan ke muka untuk mengusap sisa air mata yang masih membasahi kulit wajah. Bibir aku ketap seketika. Aku mencuba untuk menenangkan diri sendiri, lalu bibir aku ukirkan senyuman kecil pada Jungkook. “Terima kasih. Saya tahu, saya selalu ada awak. Bila-bila masa sahaja.”

“Itulah tanggungjawab saya sebagai suami awak. Melindungi dan menjaga awak sentiasa.”

“Saya minta maaf sangat-sangat. Sebab saya, kita hampir kehilangan baby.” Pinta aku, sayu. Tangannya aku capai lalu dilekapkan ke pipi.

“Apa yang terjadi adalah di luar jangkaan kita, sayang. Ia ujian buat kita berdua. Saya tak salahkan awak langsung.” Jungkook tidak putus-putus melarik senyuman lembut buat aku. Memberikan aku ketenangan setiap kali memandang wajahnya.

Sikapnya sentiasa positif dan begitu tenang apabila berdepan sesuatu situasi. Seorang lelaki yang sangat-sangat baik. Aku begitu bertuah kerana bersuamikan lelaki ini, Jeon Jungkook.

“Tapi sayang,” Mata aku terarah padanya semula. Menantikan apa yang ingin dia katakan. Melalui riak wajahnya, seakan-akan dia masih berkira-kira mahu bertanya atau tidak. “Uhm, sebelum ini, sayang ada makan apa-apa ubat penahan sakit tak? Apa-apa saja.”

Dahi aku berkerut seketika. Menghadam maksud di sebalik persoalan Jungkook itu. Apakah kejadian yang baru terjadi ke atas aku disebabkan kontaminasi ubat? “Tak ada langsung. Walaupun saya ada beberapa kali rasa sakit kepala, tapi saya tahan diri dari ambil ubat. Saya tahu apa kesannya ubat pada kandungan, Jungkook.”

Mendengarkan jawapan aku, ekspresi wajah dia berubah sedikit. Dia mungkin sedar akan pandangan aku yang tertanya-tanya, jadi dia tersenyum sambil menggelengkan kepala. Anak rambut aku diusapnya perlahan.

“Tak ada apa-apa, sayang. Mujurlah sayang sedia tahu semua itu. Saya cuma bertanya saja.”

Sungguh, aku tidak ada mengambil apa-apa ubat penahan sakit selama ini. Setelah ditegaskan lagi oleh ayah, aku memang cuba menahan sakit sendiri demi keselamatan kandungan aku. Sekiranya apa yang berlaku ke atas aku disebabkan oleh kesan ubat, di mana silapnya aku?

Cuainya aku, Ya Tuhan. .

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now