Bab 49

244 36 1
                                    

Sampai sahaja di rumah aku terus bersihkan diri, kain kotor memang aku masukkan dalam mesin cuci jadi esok tinggal jemur sahaja. Aku tak ada selera mahu makan, jadi selepas buat semua kerja yang patut aku terus baring kerucut macam udang atas katil. Sejujurnya, ini adalah senggugut yang paling sakit yang pernah aku rasakan. Menggigit rasanya.

Macam mahu menangis pun ada juga. Tadi Jungkook paksa aku makan ubat tahan sakit, tapi rasa sakitnya tak kebah lagi.

Aku pejamkan mata serapatnya sambil bibir aku gigit kuat untuk menahan erangan sakit. Tangan aku memicit kulit perut aku dengan harapan ia akan berkurang sakit.

Tidak lama kemudian, permukaan tilam ini terasa menurun sedikit bila Jungkook merangkak naik ke atasnya lalu menghampiri aku. Bahu aku ditepuk perlahan, sebelum terasa rambut yang serabai disisir lembut menggunakan tangannya.

Baby pusing badan, saya sapukan minyak angin pada pinggang awak supaya rasa sakitnya kurang.”

Aku menggumam sebal. “Yang sakit perut saya, kenapa pula awak nak sapu minyak pada pinggang saya?”

“Tahu, tapi punca sakit sebenarnya dari pinggang baby. Pusing saja, saya tahu apa yang saya buat. Okay?”

Aku melepaskan satu keluhan berat tetapi aku turutkan sahaja arahan dia. Perlahan-lahan aku pusingkan badan, meniarap di atas katil. Muka aku sembamkan pada bantal sebab segan bila dia selak sedikit belakang baju aku, mendedahkan pinggang aku padanya. Kemudian telapak tangannya mula menyapu minyak angin di situ.

Aromanya membuat aku selesa serta merta.

Untuk beberapa minit dia menggosok pinggang aku, lama-kelamaan aku semakin berasa mengantuk. Mata aku jadi berat.

Baby. .” Mata aku yang hampir tertutup tadi membesar semula bila mendengar suara seraknya memanggil aku. “Saya dah siap ni, pusinglah semula. Baring betul-betul.”

Akur dengan arahannya, aku berbalik badan semula. Lantas mata terus aku pejamkan kerana mengantuk benar-benar sudah menguasai diri. Namun apabila terasa baju aku diselak naik mendedahkan perut aku, mata aku kembali terbuka luas. Sepantasnya tangan aku menahan tangan dia.

“A-Apa ni?”

“Jangan fikir yang bukan-bukan,” Ujarnya dengan senyuman sebelum baring berbantalkan perut aku. Aku hanya terkaku. “Kalau senggugut baik hangatkan perut, kalau bukan dengan heat patch letak kucing atas perut pun boleh. Tapi sekarang kucing pun kita tak bela, jadi biar saya jadi kucing awak. Meowwww. . .”

Aku mahu ketawa melihatkan gelagatnya tapi disebabkan perut aku senak jadinya terbatal. Aku menampar lembut bahunya. “Sudahlah, jangan buat saya ketawa. Sakit perut. Awak tu bukannya kucing tapi bunny.”

Jungkook terus mengiringkan kepalanya untuk melihat aku dengan wajah yang cemberut. “Baby nak saya geletek sampai menangis ke?”

Aku tertawa kecil, kepala digeleng laju. Sudahlah aku rasa macam mahu buang air besar, nantinya aku terberak pula atas katil ini. Jadi lebih baik aku elak awal-awal. “Tak nak. . .sakit perutlah.”

I know baby, I'm just kidding.

“Cakap bahasa yang saya faham boleh?” Aku memuncung.

Jungkook ketawa kecil, lalu permukaan kulit perut aku diciumnya dengan lembut. “Saya tahu baby, rehatlah. Saya sudah ubat, mesti sihat punya.”

Seterusnya hanya kesenyapan yang menjadi peneman kami berdua, Jungkook fokus pada skrin telefonnya sambil tertawa halus membaca perbualan mereka di dalam kumpulan. Sementara aku mencuba untuk tidur, tangan aku membelai rambutnya perlahan. Perut aku juga sudah terasa sedikit kebah, masih sakit tapi tidak seperti tadi.

Tiba-tiba ada satu perkara yang melintas di fikiran aku. Tentang aku, tentang kami.

“Jungkook. . .”

“Hmm?”

“Kalau saya datang bulan, bermaksud saya tak mengandunglah kan?”

Mendengarnya Jungkook terus tersembur tawa. Kepala dia iringkan memandang aku dengan matanya yang masih tersepet sebab ketawa. “Tak ada rezekilah namanya, baby. Lagipun, kalau boleh memang saya tak nak awak mengandung dulu. Saya akan cuba elak.”

Aku terus kerutkan dahi. “Kenapa pula?”

“Sebab saya berniat nak simpan duit, untuk hantar baby belajar persendirian. Saya nak baby sekolah semula. Jadi kalau kita ada anak sudah, susah sikit untuk awak pergi belajar kan?”

“Tapi saya tak pernah minta pun.”

“Memang awak tak pernah minta, tetapi ini tanggungjawab saya. Itu memang apa yang baby impikan selama ini, kan?”

Aku terkelu lidah mendengarnya. Mulut aku terbuka tutup ingin menyuarakan sesuatu, tetapi tak ada sebarang suara yang terhasil. Jadinya aku menutup mulut semula. Tiada bantahan. Sebab membantah cakap dia cuma hanya perkara yang sia-sia, Jungkook tak akan dengar langsung.

Dia jenis yang muktamad dalam membuat keputusan.

*****





Eternal Love ✔Where stories live. Discover now