Bab 32

263 41 0
                                    

Memandangkan hari ini adalah cuti pekerja, Jungkook mengambil kesempatan untuk membawa aku berjumpa dengan ibu. Katanya dia mahu menyampaikan hasratnya itu dengan mulutnya sendiri pada ibu. Aku tidak tahu harus berkata apa lagi, melihatkan kesungguhan lelaki itu aku jadinya malu sendiri.

Dia tidak pernah mempertikaikan tentang asal usul aku, malahan sepertinya dia tidak kisah dengan semua itu. Dan dia kelihatan sangat bersungguh-sungguh ingin memperisterikan aku. Jika ditanyakan soal hati aku, sejauh mana aku memandang lelaki ini. Jawapan aku hanya satu sahaja.

Aku semakin sayangkan dia, dan perasaan itu semakin hari semakin kuat.

Aku jatuh cinta kerana hatinya, dengan kebaikkannya, dengan senyumannya, dan kerana kesungguhan yang dia pamerkan. Sesiapa sahaja bakal merasakan hal yang sama dengan aku, jika berjumpa dengan lelaki sebaik Jeon Jungkook.

“Fikir apa tu, hm?”

Lamunan aku terputus bila Jungkook picit tangan aku yang berada dalam genggamannya. Aku mengangkat muka untuk melihatnya di sebelah aku.

“Tak ada apa-apa, cuma berfikir sahaja.”

“Tentang?”

Aku menyengih. “Tak ada apalah. Sibuk saja nak tahu.”

“Mestilah saya nak tahu. Jangan-jangan awak mengata saya ke apa? Kan?”

Jungkook tertawa halus. Pegangan tangan semakin dia kemaskan bila kami mula memasuki lorong kecil di belakang bangunan ke tempat ibu. Bermacam bauan mula menerobos masuk ke dalam rongga hidung sebaik sahaja kami mendekat. Orang-orang yang lalu menyesakkan perjalanan sampai aku terpaksa berjalan di belakang Jungkook mengelakkan dari berlanggar dengan mereka.

Bau rokok.

Bau arak.

Semua bercampur bau.

Meremang tengkuk aku jadinya bila melalui kawasan ini. Hari ini hari cuti perkerja, bermaksud hari kerja lebih untuk orang-orang yang berkerja seperti ibu. Tekak aku rasa perit bila memikirkan tentang semua itu.

Jungkook dengan aku terus masuk ke dalam ruangan kecil yang ibu janjikan bertemu dengan kami. Untuk beberapa minit menunggu, akhirnya ibu datang dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ibu. . .” Sapa aku sambil tersenyum nipis.

“Aku tak ada banyak masa untuk bercakap dengan kamu berdua. Sung, keluar dari sini. Aku nak bercakap bersendirian dengan Jungkook.”

Pada awalnya aku berasa hairan kenapa, tapi Jungkook berikan pandangan yang meyakinkan aku untuk mempercayainya. Jadi dengan berat aku melangkah keluar, memberikan ruang untuk ibu bercakap dengan Jungkook.

Rasa-rasanya apa yang ibu katakan, iya?

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now