Aku turun ke bawah terlebih dahulu sebelum menunggu Jungkook bersiap mandi semua. Itupun lepas puas dia pujuk yakinkan aku yang takkan berlaku apa-apa di bawah nanti. Aku akurkan sahaja apa yang dia katakan pada aku. Lagipula kalau difikirkan secara logiknya, memang benar takkan mungkin Puan Jeon akan marah-marah di depan keluarganya, kan.
Hari ini ayah Jungkook buat majlis kecil, hari keluarga katanya. Dia menjemput keluarga-keluarga terdekatnya untuk datang hari ini. Sekaligus ingin memperkenalkan aku sebagai menantu di dalam rumah ini. Kebaikan ayah Jungkook buat aku terharu sangat-sangat. Tak pernah dia memandang aku dari cara ibu Jungkook pandang aku.
Tengoklah, bahkan membuat majlis lagi.
Selepas berkenal mesra dengan beberapa orang ahli keluarga Jungkook yang hadir, aku bergerak ke dapur dengan niat ingin membantu untuk menyediakan apa-apa hidangan. Di atas meja persediaan, sudah tersedia beberapa juadah untuk dihidangkan pada tetamu.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut menyapa Ibu Yoo, apabila seorang perempuan dalam lingkungan umur Jungkook menegur aku. Aku tersenyum janggal bila dia berjalan mendekati aku.
“Jadi, kaulah isteri Jungkook eh?”
Aku mengangguk. “Iya saya.”
“Dengar cerita, kau tengah mengandung sekarang kan?” Tanyanya yang sekali lagi mendapat anggukkan kepala dari aku. Dengan itu, dia terus tarik lengan aku mengikutnya untuk duduk di meja bulat yang terhidang jeruk buah-buahan. “Orang mengandung selalunya gemar makan jeruk buah ni, lagi-lagi mangga dengan oren. Jadi aku ada bawakan kau sedikit. Sebagai tanda perkenalan.”
Aku meneguk liur. Melihat betapa menggiurkan makanan yang berada di hadapan aku ini. Kecur liur aku jadinya. “A-awak bawakan untuk saya?”
“Ya, makanlah,” Dia tarik kerusi lalu henyakkan punggung. Begitu juga dengan aku. “Aku Jina, sepupu jauh Jungkook.”
“Aah,” Aku menundukkan kepala tanda hormat padanya. Bibir aku sunggingkan senyuman padanya. “Selamat berkenalan, Jina. Saya Sung Kyung.”
“Iya iya, jamahlah buah tu. Yang jeruk mangga mungkin ada pedas sedikit.”
Mengganggukkan kepala, lantas tangan aku bergerak untuk mengambil seulas buah oren dan aku suakan ke dalam mulut. Sedapnya tidak terkata lagi. Tekak aku terus terasa mahu makan dan makan lagi. Serius. Aku tak boleh menahan diri. Jeruk mangga yang dikatakan pedas juga tidak terasa.
Jina cuma pandang aku dalam diam sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih, untuk buah-buahan ini. Sedap sangat.” Ucap aku dengan senyuman lebar.
“Kalau sedap, makanlah lagi.”
Baru sahaja aku ingin menyuakan sepotong jeruk mangga ke dalam mulut aku lagi, apabila ibu Yoo tepuk bahu aku perlahan. Perlahan tapi mampu mengejutkan aku.
“Eh Sung Kyung, jangan terlampau makan masam-masam ni. Tak baik tau untuk bayi kamu.”
Aku menyengih panjang. “Sedaplah, ibu.”
“Sedap memang sedap, tapi jangan terlampau banyak,” Tangan dia mengusap belakang badan aku dengan lembut. “Mana Jungkook?”
“Dia masih ada dalam bilik.”
“Panggil Jungkook turun, makan. Makanan sudah mahu dihidangkan ni.”
Kepala aku angguk laju sambil mencuba menelan makanan dalam mulut. Dengan payahnya. “B-Baik ibu.”
Tiba-tiba Jina menghulurkan sebotol mineral yang baru dia keluarkan dari beg tangannya pada aku. “Minum ni, macam payah saja aku tengok kau telan buah mangga tu.”
Aku terus sambut hulurannya lantas meneguk air sehingga setengah botol. Betul cakap dia, payah aku mahu telan buah rasa macam tersangkut. Ini padah makan gelojoh.
“T-Terima kasih sekali lagi, untuk buah dengan airnya.” Ucap aku sambil tersenyum lebar.
“Hal kecil. Aku memang prihatin dengan Jungkook selama ni, jadi apa salahnya kalau aku prihatin dengan isteri dia pula, kan?”
Senyuman aku bertukar jadi senyuman kekok.
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...