Bab 85

205 24 3
                                    

“Sumpah, saya takkan berhenti mencintai awak sekalipun nafas ini terhenti.”

“Hilang awak, maka hilanglah juga nyawa saya, Jeon Sung Kyung.”

 
 
 

Aku kembali mencelik mata apabila lengan aku ditepuk perlahan oleh doktor wanita yang ditugaskan memeriksa aku. Seluruh badan aku terasa lemah selemahnya, semenjak aku kurang berselera untuk makan bermula beberapa hari yang lalu. Aku hanya mengharapkan nutrien yang disediakan buat aku melalui hos yang bersambung pada kantung iv sahaja.

Apa yang aku tahu, penyakit yang aku alami sekarang semakin memburukkan kondisi tubuh aku sehingga mendatangkan kerisauan pada ayah dan doktor ini. Kerana aku berkeras mahu mempertahankan kandungan aku, mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa. Aku hanya perlu bertahan sehingga kandungan aku menginjak usia tujuh bulan, mereka akan jalankan pembedahan awal selepas itu.

Aku tidak kira apa yang akan berlaku nantinya, asalkan anak aku selamat. Jika sekalipun selepas itu aku tidak dapat bertahan lebih lama lagi, yang penting aku berjaya memberikan Jungkook suatu kebahagiaan yang akan menemaninya kelak.

“Sung Kyung,” Aku menoleh ke tepi untuk memandang Doktor Hae. Dia tersenyum kelat, dan sepertinya aku dapat meneka apa berita yang ingin disampaikannya kepadaku. “Saya serba salah untuk katakan ini, kerana Jungkook melarang saya untuk bagitahu kamu apa-apa tentang perkembangan kesihatan kamu. Tapi saya lebih rasa bersalah jika saya tidak sampaikannya pada kamu. Faham, kan?”

Aku mengangguk lemah.

“Begini, keadaan buah pinggang kamu sekarang semakin memburuk sebab kami tidak boleh melakukan apa-apa rawatan ke atas kamu kerana bakal bawa kemudaratan pada kandungan. Bulan depan, genap tujuh bulan, kan?”

Aku hanya mengangguk lagi, tidak bersuara.

“Kalau kamu setuju, kita akan jalankan pembedahan awal. Anak kamu akan lahir ke dunia awal dari yang sepatutnya, dan akan meneruskan perawatan di hospital sehingga diyakini tidak mengalami sebarang masalah. Ia boleh dilakukan dengan persetujuan dari kamu dan Jungkook.”

“Saya setuju, doktor.” Aku terus mencelah, memberikan kata putus. Aku memang sudah dimaklumkan tentang hal ini oleh ayah, dan aku sudah fikirkannya masak-masak. Aku mahu jalani pembedahan itu, dengan atau tanpa persetujuan Jungkook sekalipun. Ia pilihan aku.

“Tetapi, pembedahan ini berkemungkinan tinggi akan jejaskan keadaan kamu pula, Sung Kyung. Kamu yakin?” Soal Doktor Hae sekali lagi, mungkin masih tidak percaya dengan keputusan aku.

“Saya yakin doktor. Saya sanggup terima apa sahaja risikonya, asal doktor dapat selamatkan anak saya.”

“Bagaimana dengan Jungkook?”

Aku berdiam seketika. Saat-saat kami bersama bermain semula di dalam kotak fikiran aku, setiap bait kata yang pernah dia ucapkan pada aku, semuanya terulang bagai satu pita rakaman. Gembira, sedih, bahagianya waktu-waktu itu. Aku tidak mahu ia terhenti terlalu awal, kerana sungguh aku masih belum cukup puas hidup bersamanya, berkongsi pelbagai kenangan. Namun aku juga tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memutar keadaan yang terjadi sekarang.

Aku harus pasrah, demi anak kami, dan demi Jungkook sendiri.

Cukuplah dia sudah menjadi tempat aku untuk bersandar dan berlindung selama ini, kini giliran aku pula untuk melakukan sesuatu untuknya.

“Teruskannya, meski tanpa izin dia sekalipun. Ini pilihan saya doktor. Saya sudah berbincang dengan Doktor Jeon sendiri, saya akan teruskan pembedahan itu.”

“Baiklah, saya hormati keputusan kamu Sung Kyung.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now