Bab 7

392 59 2
                                    

“Jangan!!!”

Aku menjerit kuat lantas mata dibuka seluasnya apabila seraut wajah itu muncul di hadapan mata aku. Wajah yang penuh dengan nafsu serakah menarik aku tanpa belas kasihan. Baju yang tersarung pada badan aku tarik dan tutup bahagian dada aku dengan kedua lengan. Aku segera bangun.

“H-hey. .bertenang.”

“Jangan dekat!” Aku menjerit fobia bila ada sesosok tubuh seorang lelaki mendekati. Tangan aku terkapai-kapai mencuba untuk memukulnya sebagai pertahanan diri aku.

Sekelip mata dia berjaya menggenggam pergelangan tangan aku dan berusaha menghentikan pergerakan aku. Jadinya aku mengundurkan diri ke belakang secara drastik. Masih terbayang dalam fikiran dan mata aku keadaan itu.

Bila lelaki itu mencuba meragut kehormatan aku.

Seluruh badan aku tiba-tiba menggeletar ketakutan. Aku semakin sukar untuk bernafas lagi-lagi bila esak tangis aku menggila. Otak aku kosong,  tidak dapat mengakses apa-apa selain kejadian hitam itu.

“Hey awak, bawa bertenang. Jangan takut, tiada sesiapa yang akan sakitkan awak di sini. Saya ada, saya akan lindungi awak. Pandang saya.” Suaranya seperti sayup-sayup pada pendengaran aku.

Aku mencuba menenangkan diri. Dia tekup kedua pipi aku dengan tangannya,  airmata yang jatuh mengalir diusap lembut. Perlahan-lahan pandangan aku menaik sehingga mata aku bertemu dengan anak matanya yang berwarna kecoklatan.

“Bertenang iya? Saya ada dengan awak. Pandang ke dalam mata saya, awak selamat di sini.”

Aku mencari-cari kepastian di dalam renungannya, dan iya dia sepertinya orang yang baik. Lihat sahaja, dia berjaya membuat aku berasa tenang dan selamat dengannya. Otot badan aku yang tegang mula mengendur, aku juga sudah dapat menstabilkan pernafasan.

“Begitulah, bertenang okay? Saya ada dengan awak di sini.”

Selepas aku berjaya melepasi fasa panic attack tadi, mata aku mula memerhati ke kiri dan ke kanan. Mengenal pasti di manakah aku berada sekarang ini. Sepertinya aku, di hospital?

Aku menyentuh tangannya yang masih memegang pipi aku, dan pandang ke dalam matanya. “S-saya di mana?”

“Awak sekarang berada di hospital. Saya yang hampir melanggar awak semalam, awak tak apa-apa?”

Aku menganggukkan kepala. “Saya tak apa-apa.”

“Oh iya, nama saya Jungkook, Jeon Jungkook. Awak pula?” Tanyanya setelah melepaskan pipi aku. Kerusi kecil ditarik lantas dia duduk ke atasnya. Dia memandang aku dengan matanya yang bersinar.

Aku terus menundukkan wajah. “Kim Sung Kyung.”

“Baiklah Sung,” Jarinya tarik bawah dagu aku sehingga mata kami bertembung semula. Senyuman dia ukirkan. “Mind to share with me, apa yang berlaku sebenarnya semalam? Kenapa awak dalam. . .hm, keadaan itu? Awak lari dari siapa?”

Aku palingkan wajah ke tepi lalu menjarakkan diri dari dia. Mengingatkan tentang diri aku yang rendah ini, aku berasa tidak selesa dengannya. Aku tidak mahu dipandang sebagai seseorang yang mengharapkan simpati.

“Bukan urusan awak.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now