Bab 80

182 21 1
                                    

Jungkook sudah lama menderita pertumbuhan tumor di otak, dari sebelum kami bertemu lagi. Tapi tiada sesiapa dapat mengagak yang dia sakit sebab perwatakannya yang periang. Aku sendiri tak menyangka semua ini benar-benar berlaku pada Jungkook.

Sebelum ini, dia sering menjalani rawatan mengikut waktunya tapi selepas dia berjumpa dengan aku, dia ketepikan semuanya. Itulah punca utama kenapa penyakitnya kembali menyerang malahan semakin buruk keadaannya.

Dia rahsiakan semuanya dari aku.

Aku sendiri tidak tahu hendak memberi reaksi seperti apa. Aku terkaku. Cuma kenapa dia selalu melakukan perkara yang bakal menyakiti dia sendiri? Kenapa dia selalu buat aku merasa seakan-akan aku adalah satu bebanan yang berat buatnya?

Sekarang bila sudah jadi begini, aku bertambah sesak. Entah apa yang harus aku lakukan?

Aku rasa sayu. Dia selalu cuba untuk penuhi janjinya pada aku, selalu berusaha untuk sentiasa berada di samping aku bila aku memerlukan. Tapi dia? Aku tak ada untuknya bila dia pula yang memerlukan. Jungkook menanggung semuanya bersendirian.

Disebabkan perasaan sedih sebak aku belum pudar, aku dengan mudahnya menangis lagi. Badan kurus Jungkook aku peluk bertambah erat, muka aku sembamkan pada dadanya.

Dia mengemaskan tangannya di bawah leher aku, manakala sebelah tangannya lagi melingkari pinggang aku. Kemudian terasa dia mengucup ubun-ubun kepalaku.

Aku memejamkan mata, menjadikan degupan jantungnya sebagai melodi yang menenangkan aku.

“Maafkan saya sayang, sebab buat semua ni, selindungkan keadaan saya dari awak. Seperti awak, saya juga takut awak tinggalkan saya bila dapat tahu tentang hal ini.” Terang Jungkook perlahan-lahan mengatur kata. Tangannya mengusap-usap belakang badan aku.

“Saya cuba untuk bagitahu awak sebelum ini. Tapi bila saya tahu awak juga sakit, saya tak ada pilihan lain lagi. Saya fikirkan, kalau awak tahu keadaan saya dalam situasi awak begitu, mungkin saja awak akan risau dan jejaskan kesihatan awak. Saya sendiri tersepit, sayang. . .” Sambungnya lagi dengan nada suara yang mulai bergetar.

Aku menjarakkan badan, muka aku angkat untuk memandang keseluruhan wajahnya yang merona merah. Bibir aku ukirkan senyuman lembut buatnya. “Awak tak perlu lagi rasa begitu. Macam saya yang sentiasa ada awak, begitu juga dengan awak. Saya akan sentiasa ada bersama awak, Jungkook. Tak kiralah apa yang terjadi sekalipun. Sekali hati saya mengatakan cinta, ia akan berkekalan sampai bila-bila. Hanya awak, Jeon Jungkook.”

Jungkook menghapuskan jarak antara kami berdua, lantas meraup bibirku dengan lembut dan perlahan. Tidak menuntut apa-apa, hanya pengzahiran kasih dan bukti kami mempercayai antara satu sama lain.

We healed each other. We are the best medicine for each other.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now