Aku cuma memerhatikan sahaja bila belakang tangan kanan aku dicucuk dengan bermacam-macam jenis plastik yang tidak aku tahu apa namanya. Yang aku tahu kegunaannya untuk menyalurkan aku nutrien, Jungkook yang terangkannya pada aku. Selepas palam berwarna putih dilekatkan di situ, hos pula disalurkan ke palam tersebut, bersambung dengan kantung air yang tergantung. Ia menyakitkan, tapi Jungkook tak henti-henti menenangkan sambil menggenggam tangan aku, erat.
Walaupun aku tidak mengadu sepatah apapun, dia tetap menemani aku di sini.
Ayah mengatakan aku terpaksa melalui beberapa pemeriksaan bagi menentukan rawatan yang terbaik buat aku. Yang lebih penting, tidak akan memberikan kesan buruk pada kandungan.
Selepas selesai dengan tugasnya, ayah berlalu keluar bersama beberapa jururawat pembantu meninggalkan aku bersama Jungkook.
Perasaan takut aku sudah berkurangan, sebab aku yakin dia akan berpegang dengan janjinya. Dari dulu sehingga sekarang, tak pernah lagi dia mengungkir janjinya pada aku. Jadi tiada sebab untuk aku berasa demikian.
Tapi apa yang menghantui aku sekarang ini adalah, bagaimana jika aku gagal bertahan?
Memikirkannya saja sudah cukup membuat aku berasa sebak. Tak semena-mena mata aku mengalirkan air mata yang tak dipinta. Aku tidak mahu menangis begini, tapi ia tetap mengalir keluar. Hati aku yang merelakannya.
“Sayang, hey,” Jungkook tarik kedua tangan aku yang menekup muka. Namun aku tetap kakukan diri. “Sayang. . Pandang saya.”
Bibir digigit menghalang esakkan terlepas, lalu perlahan tangan aku turunkan dari muka. Mata aku pandang ke dalam matanya. Aku ingin hentikan tangisan ini, aku tidak mahu terlihat seperti mengada-ngada, tapi sungguh aku tidak mampu. Aku tak kuat.
“Sayang kena kuat lawan penyakit tu. Saya tahu sayang saya ni kuat orangnya, saya tahu sayang mampu bertahan. Jangan menangis begini sayang, awak buat saya ikut lemah.” Dia memujuk dengan nada suara yang lembut. Aku lihat anak matanya juga turut berkaca, memandang aku redup.
“Kita hujungnya macam mana. Bagaimana kalau saya tak dapat hi—”
“Tak!” Jungkook terjerit, aku terkedu. Aku mengemam bibir menahan sendu, hanya melihat dia menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali. Rambut dikuakkan ke belakang sebelum tangan aku dicapainya semula. “S-saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak bermaksud untuk tinggikan suara. Cuma—”
Kata-katanya terhenti bila dia lekapkan tangan aku pada kelopak matanya. Aku sedar rentak nafasnya mulai tersekat-sekat bila dia menahan tangisannya. Sesekali dia mengucup belakang tangan aku, penuh kasih.
“Saya mohon, saya merayu, jangan cakap tentang kematian begitu lagi. Jangan cakap yang awak akan tinggalkan saya begitu, saya tak mampu sayang. .”
Aku mengesot maju sedikit, lantas aku mendakapnya erat, seeratnya. Seluruh tubuh Jungkook bergetar apabila akhirnya dia melepaskan tangisan dalam pelukan aku.
“Hilang awak, maka hilanglah juga nyawa saya, Jeon Sung Kyung.”
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...