Bab 11

375 72 0
                                    

“Ini semua adalah barangan keperluan buat Cik Kim. Sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, dan lain-lain lagi. Encik Jeon yang meminta untuk saya berikan pada Cik.”

Beberapa beg kertas berwarna coklat diletakkan di hujung katil. Jururawat wanita tadi tersenyum manis pada aku sebelum menghampiri. Pipi aku diusap lembut selepas punggungnya direhatkan di birai katil. Lagaknya tak ubah seperti seorang kakak yang sedang memanjakan adiknya. Disebabkan aku tak pernah diperlakukan begini, aku hanya diam membalas senyumannya.

“Kalau Sung nak apa-apa, boleh bagitahu kakak sementara Jungkook tak ada. Katanya dia ada urusan di luar, dia arahkan kakak untuk jaga Sung.” Ucapnya tanpa perlu aku meminta penerangan dari dia.

Bibir aku herotkan ke tepi tanda menyampah. Menyampah dengan Jeon Jungkook itulah. Memangnya kenapa dengan dia sampai perlu-perlunya menjaga setiap satu keinginan dan keadaan aku. Aku bukan jenis manusia yang tidak tahu bersyukur, tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan orang lain. Aku tak nak rasa terhutang budi pada sesiapa, sebab aku tahu aku tidak mampu untuk membalasnya.

Tapi Jeon Jungkook itu sering mendesak aku untuk menerima segala pemberiannya.

“Sebenarnya, Jeon Jungkook itu siapa sampai kakak patuh setiap arahannya?” Soal aku sedikit tertanya-tanya. Iyalah, semua orang di dalam hospital ini sepertinya kenal dan hormati dia. Aku pun hairan jadinya.

Mendengar pertanyaan aku, dia tertawa halus. “Dia adalah anak kepada pemilik hospital swasta ini. Jadi dia kiranya macam majikan kakak jugalah, sebab itulah arahan dia mesti akak patuhi.”

Hampir jatuh rahang aku ke lantai bila aku ternganga mendengar kata-katanya. Mata aku membulat besar akibat terkejut. Setelah mengetahui semua ini, semakin kuat perasaan aku ingin keluar dari sini segera. Aku tidak mahu dilabel sebagai budak perempuan yang hanya mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan. Apa agaknya yang dikata oleh ibu bapa dia bila tahu aku dirawat di sini dengan percuma?

“Sekarang sudah hampir pukul lapan malam, makan ubat lepas itu tidur, okay Sung?”

“B-baik, kak Jun.”

Aku berpura-pura membuka paket ubat bila dia berura-ura hendak keluar. Tertutup sahaja pintu bilik ini, aku terus bergegas mencari pakaian lain yang boleh gunakan untuk mengaburkan mata orang di luar nanti. Aku harus keluar dari sini, malam ini juga!

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now