Bab 55

225 36 0
                                    

Aku meraup muka dengan kasar, buntu. Aku betul-betul buntu sekarang ini. Berfikir pada siapa aku harus meminta bantuan. Jika aku berlama-lama begini, boleh-boleh sahaja aku dibuang kerja dengan majikan. Tapi kalau aku pergi kerja, siapa yang akan menjaga Jungkook di rumah. Dia bersendirian, dan yang aku paling risau adalah keadaan kesihatannya sekarang.

Termasuk hari ini, sudah hampir tiga minggu kami tidak pergi kerja. Jungkook sudah diberikan kelonggaran, cuti tanpa gaji beralasankan situasinya. Namun aku yang sekarang cuti tanpa alasan. Gaji aku baru-baru ini juga dipotong, Jungkook pula langsung tidak dibayar. Sebab baru seminggu dia kerja.

Kewangan kami semakin kritikal, dan keadaan Jungkook semakin teruk. Demamnya tidak kebah. Jika bukan suhu badannya meningkat mendadak, dia menggigil kesejukkan pula. Sering kali juga dia mengeluh sakit kepala, sampai di satu tahap dia menangis sebab menahan sakitnya. Aku hanya mampu memberikannya ubat penahan sakit sahaja. Jungkook enggan dibawa ke klinik.

Aku yang risau separuh mati.

Kalau demam biasa mungkin sudah reda, tapi ini tidak. Sudah berminggu namun tiada perubahan yang berlaku. Malahan semakin teruk aku lihat. Termuntah-muntah, loya, sakit kepala dia, semua itu membuat Jungkook jadi pucat lesi. Badannya lemah. Aku rasakan semua ini berpunca dari kerjanya.

Jungkook tidak biasa dengan kerja-kerja berat rasanya, jadi bila sekali dia paksakan dirinya buat kerja begitu badannya tidak mampu menahan. Mungkin kerana itu dia jatuh sakit. Sebab Jungkook jenis yang degil dan keras kepala, tahunya memaksa diri sahaja. Aku yang berasa serba salah melihat keadaannya sekarang.

“Sung. . .”

Aku pantas menoleh apabila mendengar dia menyeru nama aku perlahan. Menghampirinya, dahi dia yang merenik peluh dingin aku usap dengan belakang tangan. Seluruh tubuhnya menggeletar kesejukkan, begitu juga dengan bibirnya yang pucat dan kering.

“Iya, saya di sini. Awak perlukan apa-apa?”

Jungkook mengerang sakit sambil meramas rambutnya dengan kasar. Bibirnya digigit kuat. “Sakit Sung. . . Kepala saya sakit sangat.”

Tergesa-gesa aku mencapai ubat penahan sakit, dua biji aku keluarkan dan segelas air putih aku berikan pada Jungkook. “Awak, minum ubat ni. Supaya sakitnya berkurang.”

Jungkook menyambut lantas terus menelannya. Setelah itu dia kembali merebahkan tubuh ke atas katil. Dia memeluk tubuh, keadaan baringnya menjadi seperti udang, membulat sebab menahan kesakitannya.

Aku yang melihatnya turut merasakan kesakitannya itu.

Aku tidak mempunyai pilihan lain.

Aku tidak mahu melihat Jungkook terus menerus sakit begini, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jika berjumpa dengan doktor sekalipun, aku tidak akan mampu membiayainya. Aku sayangkan dia, aku tidak sanggup melihatnya begini. Aku tahu, dan aku sedar, kehidupan Jungkook akan menjadi seperti apa jika dia masih tetap bersama aku.

Dan aku tidak mahu itu berlaku, aku tidak mahu dia hidup dalam kesusahan begini. Aku yang merosakkan kehidupannya. Meskipun sering kali dia menindakkannya, aku tahu dia tidak biasa begini. Lihat sahajalah keadaannya sekarang.

Aku tidak mempunyai pilihan yang terbaik selain ini.

Telefon Jungkook aku ambil, mencari-cari nama seseorang pada kenalannya.

Mummy.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now