Bab 10

416 65 5
                                    

Aku senyap, memerhatikan setiap pergerakan lelaki yang memperkenal dirinya sebagai Jeon Jungkook kelmarin. Dari memeriksa kantung air yang bersambung dengan tangan aku, mendengar dada aku dengan entah benda apa yang bergantung di lehernya itu, dan merawat kesan lebam pada pipi aku ini.

Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata aku, dia tersenyum manis sambil menyengetkan sedikit kepalanya. Aku terpaku seketika. Terasa pipi aku hangat dan jantung aku mengepam laju. Menggila. Terus aku alihkan pandangan ke arah lain. Boleh sesak nafas aku jadinya.

“Bagaimana awak hari ini, masih rasa pening?”

Aku mengemam bibir sekejap sebelum berbicara. Sejujurnya aku tidak pernah berasa sesegar ini, selepas tidur yang panjang dari kelmarin rasa penat dan lelah aku turut hilang. “T-tak, saya rasa okay.”

“Baguslah kalau begitu. Awak rasa pening-pening tu sebab pengaruh ubat, untuk berikan awak ketenangan. Awak masih trauma,” Ujarnya sebelum duduk di kerusi kecil yang berada di tepi katil. Semangkuk bubur panas dihulurkan pada aku. “Ini, makan bubur ni bagi tenaga sikit pada badan awak tu.”

Tidak segera menyambut hulurannya. Ada benda lain yang lebih penting untuk aku tanyakan. “Bila saya boleh keluar dari sini? Saya dah okay sekarang. Lagipun lagi lama saya dalam sini, mesti bil perubatan semakin meninggi, kan? Saya tak mampu nak bayar.”

Dia tiba-tiba tergelak kecil selepas mendengar bebelan aku. Apa, bagi dia semua itu adalah satu lawak? “Jangan fikirkan tentang semua itu, selama awak berada di dalam sini, saya yang akan tanggung awak.”

“Saya tak nak menyusahkan orang, dan saya tak harapkan simpati dari sesiapa. Dari awak berhabis untuk saya, baik awak bantu orang yang lebih memerlukan. Saya masih mampu menjaga diri.”

“Awak mengalami simptom malnutrisi, itu awak cakap mampu menjaga diri? Cik Sung, awak tak menyusahkan saya langsung. Saya ikhlas tolong awak.”

“Saya—” Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata dia sudah mencelah. Hujung jarinya diletakkan pada bibir aku, membuat mulut aku tertutup.

“Tak ada alasan, Sung. Lagi pula, saya nak kenal awak lebih lagi, saya nak lindungi awak, saya nak awak ada dengan saya selalu.”

Aku terdiam seribu bahasa.

*****

okay, sekadar informasi Sung umur dia baru 19 tahun sebab tulah noob semacam. sebab tulah juga Taetae panggil dia budak HAHAHA.



Eternal Love ✔Where stories live. Discover now