Bab 43

265 40 1
                                    

Selepas selesai membersihkan badan, terus sahaja aku bergerak ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat aku dan Jungkook. Dari sejak kali pertama lagi aku menjejakkan kaki di sini, aku mengagumi keindahan rumah apartmen milik Jungkook ini. Kelihatan sederhana, tetapi cantik, sungguh.

Setelah kejadian ayah menyerang rumah Hyojung tempoh hari, Jungkook memang sudah membawa untuk tinggal di sini bersama dia. Segala selok belok rumah dan kegunaan peralatan elektrik yang ada juga telah dia ajarkan pada aku. Dari sebelum aku bergelar isterinya lagi.

Sebelum ini, kami banyak bercerita tentang apa yang berlaku antara dia dengan ibu bapanya selepas aku lari dari perjumpaan keluarga hari itu. Jungkook katakan itu adalah pertama kalinya dia meninggikan suara pada Mummynya, sedangkan dia tidak pernah melawan sebarang arahan yang diberi selama ini.

Dan dia sanggup keluar, semata-mata untuk mengejar aku malam itu. Tapi dia lambat sebab aku sudah terlebih dahulu tiba di rumah Hyojung. Dia datang selepas itu, cuma Hyojung yang halau dia balik.

Aku tidak menyangka yang begitu seriusnya dia dalam perhubungannya dengan aku. Sampai dia sanggup mengambil risiko yang tinggi semata-mata untuk aku. Segala apa yang dia lakukan membuat aku terkelu lidah, dan aku benar-benar terharu. Dalam masa yang sama, aku rasa serba salah.

Sepertinya aku telah merosakkan kesemua kehidupannya sebelum ini.

Aku mengeluh lemah. Punggung aku henyakkan ke atas kerusi kemudian merenung roti bakar dan beberapa benda lain yang aku letakkan di atas meja. Tengoklah, aku rasa tak berguna betul jadi isteri Jungkook. Sedang sarapan pun aku hanya tahu sediakan ala kadar begini sahaja.

Memikirkan tentangnya sahaja membuat aku tekanan tanpa sebab. Jadi aku hanya mengeluh, dan mengeluh lagi.

“Tak baik mengeluh depan rezeki,” Ucap Jungkook, yang entah bila dia berada di sini. Aku terus meluruskan belakang badan dan tersenyum nipis padanya. “Kenapa tak panggil saya, hm?”

“T-taklah bukan begitu, saya baru saja siapkan semuanya, baru nak pergi panggil awak. Awak dah keluar pula.”

“Iyalah, alasan. Wajah awak katakan yang sebaliknya tahu. Kenapa ni, masih fikirkan tentang ibu bapa saya lagi?”

Dengan itu, aku menundukkan wajah mengelak dari mengadakan kontak mata dengannya. “Bukan begitu juga, tapi saya cuma. . .saya cuma rasa tak berguna sahaja.”

Aip, kenapa pula cakap begitu baby?” Tanyanya dengan nada suara yang rendah. Tangan aku digenggamnya.

“Tengoklah, saya tak pandai masak yang sedap-sedap untuk awak. Saya cuma tahu susahkan awak sahaja, jauh sekali saya nak senangkan hati awak. Rasa macam saya betul-betul tak berguna jadi isteri awak.”

“Saya tak dengar lagi awak cakap begitu. Apa gunanya kita berjanji untuk saling melengkapi antara satu sama lain, kalau saya pula nak menghakimi awak begitu,” Aku mengangkat muka untuk berbalas pandangan dengannya. Senyumannya tenangkan hati aku. “Saya bersyukur dengan apa yang ada. Awak tahu, sebelum ini saya makan mi segera sahaja pun. Bagusnya kali ini, saya tinggal tunggu saja sebab ada yang siapkan makan minum saya.”

Aku tersenyum lega mendengar ujarannya. Benar-benar memberikan aku kelegaan yang luar biasa. Dia selalu mencuba untuk memahami aku.

“Baiklah, saya tak akan cakap tentangnya lagi,” Aku lepaskan pegangannya, lalu mencapai sekeping roti. “Awak nak sapu dengan apa, jem atau mentega?”

“Mana-mana pun saya makan.”

Dua keping roti yang sudah disapu jem strawberi aku letakkan ke dalam piring, lantas aku hulurkan pada Jungkook, juga bersama secawan teh panas.

Aku menopang dagu seterusnya, hanya melihat makan hasil tangan aku yang tidak seberapa. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi loceng rumah dibunyikan beberapa kali. Baru sahaja aku ingin berdiri ke sana, Jungkook tahan lengan aku sambil menggelengkan kepalanya.

“Biar saya buka, awak di sini sahaja.”

Aku duduk semula. “Oh, okay.”

Belakang badan Jungkook aku perhatikan semakin menjauh ke depan. Sebaik sahaja dia membuka kod akses dan menguakkan daun pintu, terpampang seorang lelaki yang berpakaian agak formal di situ. Memberikan Jungkook sesuatu, dan mereka berbual agak lama. Aku menjadi tertanya-tanya.

Apabila lelaki itu meminta izin pulang, Jungkook memberikan lelaki tersebut beberapa kunci termasuk kunci rumah ini dan kunci kereta miliknya. Tertutup sahaja daun pintu, dia terus menjerit frustasi sambil membaling fail yang berada di tangannya.

Aku terkejut, dan takut dalam masa yang sama.

Tak pernah-pernah aku tengok Jungkook marah begitu.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now