“Sung, weh Sung! Amboi sedap kau buat peta di belakang aku yah! Bangun!”
Terbuka terus mata aku bila terasa kepala aku terumbang-ambing disenggol bahu Hyojung. Tepi bibir aku usap dengan belakang tangan, perlahan aku menyedarkan diri. Mendengar dengusan Hyojung, aku tertawa kecil. Boleh-bolehnya aku tertidur, Ya Tuhan.
Bahunya aku tepuk-tepuk lembut sebelum aku melompat turun dari belakangnya. “Minta maaflah, aku tertidur weh. Terliur pula belakang kau.” Seloroh aku sambil ketawa mengejek.
“Geez, pengotorlah kau!”
“Mana adalah! Aku main-main saja pun. Terima kasih tau temankan aku balik, susah-susah dukung aku.”
Hyojung tersenyum kecil. “Sudah, pergi balik rehat. Segarkan badan kau, makan jangan lupa.”
Tangan aku naikkan ke dahi, seperti tabik pada pengetua. “Baik Tuan, saya faham.”
Kami sama-sama tertawa dengan jenaka aku. Selepas dia berlalu pergi, aku bergerak masuk ke dalam rumah sewa. Beg aku lemparkan ke lantai, langkah terus aku atur ke dalam bilik. Menghempas badan ke atas tilam dan langsung aku menutup mata.
Untuk beberapa minit sahaja, sekadar untuk melepaskan penat dan mengantuk.
Tidak lama kemudian, indera pendengaran aku menangkap bunyi pintu dibuka oleh seseorang. Lantas mata aku terbuka lebar, belakang badan menjadi lurus serta merta. Baru sahaja aku mahu bangun bila seseorang berjalan masuk ke sini. Aku jadinya terkaku.
“A-ayah?”
“Lama tak jumpa, huh?”
Aku bingkas bangun menjauhkan diri dari dia. Lelaki dayus itu. “M-macam mana ayah masuk?”
Tidak terus menjawab pertanyaan aku, sebaliknya dia tertawa besar sambil menggelengkan kepala. “Kau macam baru kenal aku, budak. Selagi aku ada keinginan, apa sahaja aku boleh lakukan. Sekadar lock murahan, memang mudah untuk aku pecah masuk.”
Jantung aku terus berdegup kencang. Nafas aku menjadi tidak teratur, aku mula berasa panik. Aku menggenggam kepalan penumbuk, mencuba memberikan ketenangan pada diri. “A-ayah keluar dari rumah saya sekarang. Kalau tidak saya jerit.”
“Oh tentu sahaja, tapi sebelumnya, berikan aku duit. Aku tak ada duit nak berjudi ni. Aku tahu kau kerja sekarang kan? Mesti ada duit.”
“Sung tak ada duit. Kalau ayah nak berjudi, pergi cari duit sendiri. Tak cukup lagikah apa yang ayah dah buat pada ibu? Ayah memang takkan berubah!”
Awalnya aku sedikit berasa lega bila dia tunduk, langkahnya diatur ke depan pintu bilik. Namun tak lama dia berdiam, tiba-tiba dia menerpa laju ke arah aku.
“Tolo— ” Sekelip mata mulut aku ditekupnya, lalu badan aku dihumban terbaring ke atas tilam. Aku meronta, mencuba menjerit meminta pertolongan tetapi kudratnya jauh lebih kuat berbanding aku. Aku bertambah panik, seluruh badan aku menggeletar.
Dalam kabur penglihatan, aku melihat senyuman lebarnya. “Aku akan ajar kau cara supaya mulut kau takkan berani lagi melawan cakap aku! Kalau apa yang aku mahu tak dapat, apa salahnya aku ambil benda lain pula, kan?”
Aku menggeleng kepala laju, rambutnya cuba aku genggam kuat menarik ke tepi. Dadanya aku tumbuk bertubi-tubi. Tanpa sempat aku mengelak, baju aku ditariknya sehingga terdedah sebahagian bahu aku.
Ya Tuhan, bantulah aku.
Air mata aku jatuh berjujuran di pipi, dan tak semena-menanya pipi aku ditampar kuat. Terus berpijar rasanya penglihatan aku, kabur dan samar. Aku mengumpul tenaga yang tersisa, tangannya yang menekup mulut aku gigit sekuat hati sebelum celah pahanya aku tendang.
Dia terjatuh di tepi sambil menjerit kesakitan. Kesempatan itu aku ambil untuk melarikan diri. Meskipun kepala aku terasa berputar-putar tetap aku gagahkan diri untuk berlari keluar. Ke mana sahaja kaki aku membawa, ke mana sahaja asalkan jauh dari lelaki itu.
Sehinggalah dunia aku kelihatan semakin gelap, ada satu cahaya terang menerpa ke arah aku, dan aku jatuh terbaring menyembah bumi.
*****
ketahuilah, daku noob bab bab aksi ni huuuuuu. .btw, nak buat spoiler awal awal ni, story ni sad ending HAHAHA kbye~
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...