Bab 12

358 67 0
                                    

Selepas aku menyarungkan baju sejuk tebal berhoodie berwarna hitam ke badan, langkah aku atur perlahan ke tepi pintu. Daun pintu aku selak berhati-hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi yang dapat menarik perhatian orang lain. Lorong di sepanjang kawasan di luar sudah kelihatan sedikit malap kerana separuh lampunya sudah dimatikan. Bermaksud para jururawatnya sudah berhenti berkeliling.

Perlahan aku menjejakkan kaki ke luar, menyelinap secara senyap-senyap. Tangan aku setia pada dinding semasa aku mencari jalan utama untuk keluar dari hospital ini sementara mata aku linggar ke sini sana. Mana tahu ada yang melihat.

Agak jauh aku berjalan dari bilik yang menempatkan aku tadi, tiba-tiba telinga menangkap suara-suara halus beberapa orang sedang bercakap. Lantas serta merta aku berselindung di sebalik dinding di belakang aku. Mata aku pejamkan menenangkan debaran jantung aku. Selepas suasana kembali sunyi dan lengang, aku jengahkan sedikit kepala untuk mengintai keberadaan orang-orang tadi.

Senyap.

Tiada sebarang kelibat manusia.

Bagus.

Baru sahaja aku melangkah bila ada satu cahaya lampu suluh liar ke sana sini, aku terus menjadi kaku. Tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Lantas tiba-tiba hoodie baju aku ditarik dari arah belakang dengan kuat sehingga badan aku menjadi lurus akibat terkejut. Satu tangan yang agak berotot melingkari leher aku lalu telapak tangannya menekup mulut aku. Aku mahu menjerit tapi gagal kerana pegangannya semakin kemas dan erat. Aku menjadi panik.

“Shhh. . .jangan bersuara,” Bisiknya perlahan, sepertinya dia juga tidak mahu ketahuan sedang bersembunyi. “Sini, ikut saya. Saya bawa awak keluar.”

Dia lepaskan tekupan mulut aku perlahan lalu tangan aku diraihnya. Aku menoleh sedikit untuk melihat wajahnya dalam samar-samar.

Jeon Jungkook?

Dia tersenyum pada aku, sebelum menganggukkan kepalanya memberikan keyakinan agar aku mempercayai dia. Setapak demi setapak aku maju, mengikut langkahnya dari belakang. Apa ini, mengapa dia membantu aku untuk keluar dari sini? Bukankah sepatutnya dia menghalang aku dari lari?

Setibanya kami di luar perkarangan hospital, dia berpaling melihat aku sambil melepaskan nafas lega. Senyumannya, sangat-sangat menawan.

“Saya nak bawa jalan-jalan sekejap di luar ni, mesti awak bosan terkurung dalam wad sahaja, kan?”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now