Aku menghela nafas perlahan, mata masih terpejam tapi aku sedar. Hanya aku berasa lelah meskipun sudah lama tertidur. Badan aku jujur rasa lemah yang teramatnya. Bermacam-macam jenis rawatan telah aku lalui, harapnya dapat membuahkan hasil nanti. Aku berharap sangat.
Tapi kenapa, aku masih rasa begini?
Putus asa.
Jika ditakdirkan aku tidak dapat bertahan lama lagi, aku hanya berdoa pada Tuhan agar menyelamatkan anak aku. Cukuplah sekadar aku dapat melahirkannya dengan selamat, cukup memadai. Sekurang-kurangnya, Jungkook takkan rasa sunyi bila aku tiada nanti.
Sekurang-kurangnya, aku dapat berikan kebahagiaan terakhir buat suami aku.
Hanya itu, yang aku doakan sekarang.
“Sayang. .” Pipi aku terasa disentuh lembut oleh satu tangan yang sejuk. Serta merta aku terkaku seketika. Sejak bila Jungkook ada di sini, bukankah dia ada rawatan terapi?
“Bangunlah. . Saya rindu.”
Sekali lagi dia bersuara, semakin menyedarkan aku dari mamai. Sedikit demi sedikit, aku mencelikkan mata sehingga satu cahaya terang menerjah. Dari samar-samar, semakin lama semakin jelas aku melihat Jungkook yang baring bersebelahan denganku. Mata aku terkedip-kedip, minda aku masih mengakses perkara-perkara yang tertinggal.
“A-awak,” Aku berdehem, melancarkan suara. Tekak aku rasa kering yang teramat sehingga suara yang terhasil juga sedikit serak. Jungkook tersenyum lembut sambil ibu jarinya mengusap pipi aku. “Awak buat apa di sini? Awak ada terapi, kan?”
Untuk beberapa ketika, dia berdiam hanya membiarkan pertanyaan aku berterbangan tanpa mahu dia menjawab. Helaan nafas terhembus sayu dari celahan bibirnya. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku bila dia tidak memberikan respon, tapi dengan penuh berhati-hati tubuh aku dirangkul ke dalam dakapannya.
“Sayang, terapi tu sudah lima hari yang lalu lepas. Awak tak ingat ke?” Ujarnya perlahan sahaja suaranya. Aku terdiam sekejap. Minda aku berusaha mengingat semula kali terakhir memori aku berlayar.
Aku mengemam bibir. Masih ragu-ragu. “Saya, tak ingat pula. Kenapa saya tak ada ingatan untuk lima hari terbaharu ini? Apa yang berlaku?”
Jungkook menjarakkan diri sedikit. Matanya tidak pernah meninggalkan mata, dan bibirnya masih menguntumkan senyuman lembut. Pipi aku kembali diusapnya. “Selepas saya ambil terapi, awak pula yang jalani perawatan. Habis rawatan, awak tak sedar untuk tiga hari berturut-turut. Mungkin badan awak terlalu lemah.”
Yang benar sahaja? Aku tak sedar langsung.
“Mujurlah awak dah bangun sekarang. Saya betul-betul risau sampai tak boleh tidur fikirkan awak. Dan tengoklah, saya pindahkan katil saya ke sini. Satu wad dengan awak. Supaya saya dapat pantau awak setiap masa.” Sambung Jungkook lagi yang benar-benar membuat aku terkelu.
“Keadaan saya makin memburuk ke?” Hanya itu soalan yang terlintas di dalam fikiran aku. Aku memandang ke dalam matanya mendalam, mengharapkan satu jawapan yang pasti.
Jungkook mengekalkan ketenangan pada wajahnya. “Awak pasti akan kembali sihat seperti biasa. Hanya jangan berputus asa, okay sayang?”
Kenapa hati aku berdetak irama yang berlainan?
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...