“Jadi, macam dengan budak tu? Dia ada bagitahu kau apa yang terjadi ke atas dirinya?”
Jungkook mengeluh halus mendengar pertanyaan Taehyung. Mata mencerlung tajam. “Budak? Budak tu ada nama, nama dia Kim Sung Kyung. Suka-suka kau sahaja panggil dia budak.”
Taehyung mencemik. Dia menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan Jungkook. Setahu dia, kawannya itu tidak pernah sebegitu seriusnya bila bercakap tentang gadis selama ini. Jungkook adalah antara kategori cerewet dalam memilih teman wanita. Nampaknya gadis ini memang sesuatu, bisik hati Taehyung.
“Okay fine, tak payahlah nak emo sangat. Isaac bagitahu aku, masa dia ikut buda— ehm, maksud aku Sung Kyung, ada seorang lelaki pecah masuk dalam rumah dia.”
Jungkook mengangguk kepala mengiyakan pernyataan Taehyung. “Iya, Isaac memang terus inform dengan aku. Sebab itulah aku rushing pergi sana, tapi tak jangka aku dah jumpa dia dulu. Sikit-sikit lagi aku langgar, tahu?”
“Jadi, kau rasa lelaki tu yang cuba buat sesuatu ke atas Sung Kyung?” Tebak Taehyung, membuat kesimpulan segera berdasarkan apa yang Jungkook ceritakan padanya.
“Aku pun rasa hal yang sama, tapi Isaac dah cari identiti lelaki tu siapa.”
“Siapa?”
Jungkook menarik nafas dalam. Tangan ditongkat ke atas meja untuk menopang dagunya. Matanya membulat memandang muka tanda tanya Taehyung. “Lelaki tu, ayah Sung Kyung. Itulah aku rasa ragu-ragu, tak mungkinlah kan?”
Taehyung tertawa sinis. Belakang badan yang tersandar diluruskan, sebelum senyuman nipis ditampal pada wajah. “Jangan jadi naif, Jungkook. Manusia sekarang kalau sudah bertuhankan nafsu, apa sahaja boleh dilakukan. Apa sahaja yang tidak benar akan menjadi benar, jalan yang dipenuhi dosa terlihat seperti syurga, itu jika syaitan sudah merajai minda dan pemikiran. Segalanya menjadi mungkin.”
Jungkook pecah ketawa melihat keseriusan Taehyung yang sebegitu. Sejujurnya, tidak pernah dia melihat kawan baiknya di dalam mood itu. Selalunya seorang Kim Taehyung hanya tahu berlawak sepanjang masa, dan membuat orang menyampah dengan perangai gila-gilanya. Namun dalam masa yang sama, Jungkook juga menghadam baik-baik setiap bait kata yang keluar dari mulut Taehyung.
Jika benar, maka dia perlu melindungi Sung Kyung. Dia perlu melakukan sesuatu supaya gadis itu sentiasa berada di sisinya, untuk dipastikan keselamatannya.
“Jadi apa yang patut aku buat?” Soal Jungkook.
“Dia ada dengan kau sekarang, kan?”
“Iya.”
“Jadi jangan lepaskan dia.”
Jungkook termangu. Yang betul?
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...