Bab 69

175 25 0
                                    

Langkah aku yang mendaki tangga menjadi perlahan, sebaik sahaja bawah perut aku terasa perit yang secara tiba-tibanya. Tangan aku menggenggam pemegang besi erat sambil bibir aku ketap menahan keluhan. Sebelah tangan aku menekup bawah perut, sementara sebelah lagi membantu aku untuk tetap meneruskan langkah aku ke atas.

Dari ketapan, kini aku menggigit bibir. Sumpah, sakitnya bukan kepalang lagi. Sehingga seluruh tubuh aku menggeletar, bawah perut aku rasa macam dihiris dengan pisau. Jadi sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik kami, aku sandarkan punggung pada meja kecil bersebelahan dengan pintu. Air mata aku jatuh berjujuran dengan sendirinya tanpa dipinta.

Aku menggenggam erat fabrik baju sambil melepaskan keluhan sakit yang tertahan semenjak tadi. Mata aku pejamkan rapat. “A-aarghh, J-Jungkook. .”

Dahi aku mula basah dengan peluh. Apabila perut aku semakin terasa perit, kedua belah tangan aku menggenggam tepi meja seeratnya sambil mencuba menstabilkan nafas yang mulai tersekat-sekat. Bila sahaja aku merasakan ada sesuatu cecair yang hangat membasahi celahan paha, aku terus membuka mata besar-besar.

Mulut aku ternganga luas, terkejut melihat dengan begitu banyaknya darah yang mengalir dari kaki aku. Lutut aku terus terasa layu hampir mahu terjatuh. “Jungkook! Jungkook tolong saya! Jungkook!”

Aku mula menangis tidak tentu arah. Banyak yang bermain dalam fikiran aku, tentang anak aku, anak kami. Perasaan takut terus menular, berlegar-legar membelenggu aku.

“Jungkook, cepatlah sini!”

“Iya sa— sayang?!” Sebaik dia melangkah keluar dari bilik air, Jungkook terus menerpa ke arah aku. “Sayang, kenapa ni, apa yang berlaku?!”

“S-Saya tak tahu, perut saya tiba-tiba sakit. Dan darah ni, darah—”

“Shhhh, sayang bertenang,” Dia tekup kedua belah pipi aku, wajah dia rapatkan untuk memandang ke dalam mata aku. Tangan aku terus cengkam bahunya untuk mendapatkan kekuatan bila bibir aku ketap sekali lagi. “Bertenang sayang, takkan ada apa yang berlaku. Pandang saya, percayakan saya.”

“J-Jungkook, a-anak kita. .”

“Takkan ada apa-apa yang berlaku. Awak akan okay sayang, dan begitu juga dengan anak kita, hmmm. .”




Eternal Love ✔Where stories live. Discover now