a lil bit long chap ")))) happy 1k view ❤❤❤
***
Aku duduk bersila di atas katil sambil melihat-lihat semula gambar perkahwinan kami yang diambil menggunakan telefon aku. Acap kali aku tersengih sendiri, mengimbas semula saat-saat itu. Kadang terasa lucu kenapa aku perlu menangis teruk, tetapi aku sedar itu semua kerana perasaan bahagia. Sedangkan Jungkook sendiri menangis, malahan lebih teruk lagi.
Untuk seketika kemudian, aku mengalihkan pandangan ke sekeliling bilik ini. Pada awalnya, aku terasa janggal apabila membayangkan yang aku akan tinggal berdua di dalam rumah ini bersama Jungkook. Itu perasaan normal, namun semakin lama perasaan itu berubah menjadi teruja. Aku benar-benar teruja untuk menjalani hidup aku bersama lelaki itu selepas ini. Kehidupan suami isteri.
Mencari pengalaman baharu, sebab sejujurnya aku tidak tahu menahu soal perkahwinan. Tidak mengapa, aku dengan Jungkook akan belajar bersama-sama, akan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Baby. . .” Aku menoleh ke arah Jungkook yang baru melangkah keluar dari bilik air. Sudah siap berbaju t-shirt putih bersama seluar pendek paras lutut, sedang tersenyum manis pada aku. “Fikir apa tu sampai tersengih-sengih sendiri, hm?”
Aku menayang gigi sambil menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apa pun.”
“Selalu begitu, tengok ada saja difikirnya sebab ketawa sendiri. Tapi bila ditanya, tak ada apa-apa. Sengaja, kan?”
“Mana ada, memang tak ada benda yang penting pun. Saya cuma tengok gambar-gambar kita tadi.”
Selepas menggantungkan tuala kecil pada penyangkutnya, dia berjalan ke mari lalu mengambil tempat di hadapan aku. Senyumannya tak pernah hilang dari wajah. “Buat apa tengok gambar, kalau saya ada depan mata?”
“Saya tengok gambar saya pun, bukan awak. Jangan perasan.” Seloroh aku sebelum tertawa kecil, mengejeknya.
Dia cubit hujung hidung perlahan sambil menggelengkan kepala. “Kenakan orang bukan main lagi dia, ya. Saya tak perasan pun, memang kenyataannya. Siapa sahaja yang tak nak tengok muka kacak saya ni, kan?”
Aku mencebik. “Perasan lebihlah Encik Jeon Jungkook kita ini.”
Aku dan dia tertawa dengan lawak sendiri. Beberapa saat kemudian kejanggalan mula berterbangan antara kami berdua. Hasilnya aku tersenyum kecil sementara Jungkook menggaru belakang lehernya dengan kekok. Namun apabila dia tiba-tiba mengambil sebiji bantal untuk dia peluk dan dia selesakan cara duduknya, mata aku kini hanya terarah pada dia. Menantikan apa yang dia mahu lakukan.
Dia menopang dagu menggunakan kedua tangannya yang berlapikkan bantal di atas ribanya. Matanya membulat tenung aku sambil dia tersenyum menampakkan hujung gigi arnabnya.
Okay, aku betul-betul janggal.
“Apa yang awak buat?” Soal aku dengan pandangan kosong.
“Merenung awak.”
Jawapan spontannya buat aku tergelak kecil. Ada-ada sahaja. “Kenapa pula nak renung saya bagai?”
“Sebab saya tak sangka awak ada depan mata saya sekarang, bukan sekadar memandang seorang Kim Sung Kyung. Tapi sekarang awak sudah menjadi isteri saya, dan saya bagaikan masih bermimpi mengetahui semua itu.”
Aku ukirkan senyuman sebelum mengesot lebih ke depan lagi, mendekati dia. Pipinya aku tekup dengan kedua belah telapak tangan aku. “Saya pun rasa hal yang sama, saya pun rasa semua ini hanya mimpi yang telah menjadi isteri awak.”
“Menjadi hak milik saya sepenuhnya.” Sambungnya bersama sengihan manja, sebelum melagakan hujung hidung kami.
Aku tidak dapat membantu diri dari terus menerus tersengih malu dengan tindak balas Jungkook. Mengetahui yang hubungan kami kini bukan sekadar percintaan monyet sahaja, bahkan menambahkan perasaan segan aku.
Aku masih mengekalkan senyuman sementara mata aku menatap ke dalam anak mata kecoklatannya. Tangan aku masih melekap pada pipinya, dan hujung hidung kami masih bertemu.
“Jeon Jungkook.”
“Yes, baby?”
“Kenapa awak lakukan semua ini? Awak tinggalkan kemewahan hidup awak, awak abaikan ibu bapa awak, hanya kerana saya. Saya rasa berdosa pada mereka, awak tahu?”
“Awak tak perlu rasa begitu, baby. Jangan salahkan diri awak, sebab saya yakin ini adalah yang terbaik. Dari pertama saya jumpa awak lagi, saya mula rasakan yang pertemuan kita bukan saja-saja. Itu semua telah ditakdirkan, dan apa yang berlaku sehingga ke hari ini adalah ketentuan Tuhan. Memang saya diamanahkan untuk menjadi pelindung awak.”
Aku tersenyum malu mendengar ujarannya, namun jauh di dalam hati aku sudah terasa dengan keikhlasannya itu. Sehingga mata aku terasa hangat sebab terharu.
“Awak benar-benar sayangkan saya?”
Jungkook menarik nafas dalam lalu memejamkan mata beberapa saat. Apabila dia mencelik semula, perlahan dia menghela nafasnya. Dia tersenyum nipis lalu melekapkan bibirnya di hujung bibir aku sekilas.
“I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer ‘one time’— because you never left.”
“Panjang sungguh awak membebel, apa maksudnya?”
“Hm? Maksudnya, saya cintakan awak.”
“Serius? Punyalah panjang awak bercakap tadi, itu je maksudnya?”
Jungkook terus ketawa terkekeh-kekeh. Kenapa, dia kutuk aku dalam bahasa asingkah tadi? Disebabkan aku berasa geram, aku menumbuk dadanya berkali-kali sehingga dia terbaring ke belakang sambil mengerang kesakitan.
“Ergghh sakit—s-sakit.”
Aku mendengus kasar sebelim menyilangkan tangan ke dada tanda protes. “Biarlah awak situ, saya tak kisah pun. Suka kenakan orang, kan?”
“S-Sung. . .s-sakit.” Jungkook masih mengerang kesakitan.
Aku jadinya kalut dengan serta merta. Kuat sangatkah tumbukkan aku? Tangannya aku genggam perlahan sambil mata aku mencuba mencari-cari anak matanya. Wajahnya berkerut seperti benar-benar menahan sakit. Aku menjadi takut.
“A-awak? Sakit sangat ke? S-saya mint maaf sangat-sangat, saya tak sengaja. Jungkook?”
Secara tiba-tiba dia menggenggam kedua pergelangan tangan aku yang menyebabkan aku terkejut. Tanpa sempat aku mengelak atau apa, dia bingkas bangun dan menolak aku sehingga terbaring ke belakang. Tangan aku dikunci di atas permukaan tilam sementara dia tertawa berada di atas badan aku.
“I got you baby.”
Aku mengetap bibir, kegeraman mendengar dia membebel bahasa asing lagi. “Awak selalu buat lawak yang langsung tak lucu, tahu? Jahat.”
Jungkook hanya tergelak mendengarnya, tidak sedikit pun berganjak turun meskipun aku mencuba merungkai cengkaman tangannya.
“Ke sana, apa awak buat ni? Jungkook, lepas. Lepasla—”
Bukannya mahu menurut arahan aku, malahan dia tutup mulut aku dengan ciumannya. Pada awalnya aku hanya berdiam membiarkan dia dengan perlakuannya sementara aku masih mencuba melepaskan cengkamannya. Namun lama-kelamaan aku tewas dalam permainannya. Perlahan mata aku tertutup sebaik sahaja ada satu perasaan aneh terbit naik di dalam diri aku. Menyebabkan nafas aku jadi huru-hara, pipi aku jadi hangat.
Perlahan dia melepaskan cengkamannya pada pergelangan tangan aku, lalu telapak tangan kami bersatu. Berkait erat antara satu sama lain. Jungkook melepaskan pagutan lantas melepaskan satu keluhan yang berat.
“Jeon Sung Kyung.” Nama aku meniti di bibirnya.
Kami menjalinkan satu hubungan yang berlandaskan cinta, dan bukan hanya kerasa nafsu semata-mata.
Aku benar-benar mencintai dia.
*****
i'm writing matured not TET ;) huehuehuehuehue dapat teka tak apa apa kemungkinan yang MUNGKIN berlaku?
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...