Aku menghabiskan sisa muntah di sinki sebelum mencuci mulut. Dahi aku urut perlahan bertujuan untuk menghilangkan rasa sakit kepala ini. Aku dipimpin oleh Elena untuk duduk di kerusi berdekatan. Selepas dua minggu yang lalu aku tinggal bersendirian di sini tanpa Jungkook. Selama itu juga aku pula yang mula demam, mual, loya, rasanya berjangkit dengan Jungkook haritu.
Mujurlah Elena dengan teman lelaki dia itu, selalu datang sini melawat aku.
Aku betul-betul hilang arah sekarang. Aku tidak tahu harus berbuat apa lagi. Bertambah buntu. Yang lebih memeritkan hati aku saat ini, mengetahui yang minggu depan bermulanya perbicaraan kes penceraian aku dengan Jungkook. Bukan kemahuan aku, tetapi aku tidak mempunyai pilihan yang lain lagi selain perpisahan. Aku cuma mahu kehidupan Jungkook kembali seperti sediakala.
Sebab aku sayangkan dia, aku terima dan bersetuju dengan semua ini.
“Kau okay tak? Kalau masih demam, loya semua tu kita pergi klinik ya?” Tanya Elena pecahkan lamunan aku sebentar tadi.
Tersenyum nipis, kepala aku gelengkan perlahan. “Tak apa, saya okay. Jangan risau.”
“Kalau ada apa-apa bagitahu aku, sementara aku masih ada di sini. Kau mahu makan apa-apa, atau ada barang yang kurang, bagitahu sahaja aku.”
“Saya okay El,” Kepala aku tundukkan memandang riba. Cincin kahwin yang masih tersemat pada jari manis aku sentuh dengan seribu satu perasaan di dalam hati aku. “Macam mana dengan Jungkook? Apa dia baik-baik sahaja?”
Matanya merenung ke dalam mata aku sebaik sahaja aku mendongak melihatnya. Riak wajahnya berubah menjadi sayu. Aku tidak tahu kenapa, tetapi aku dapat melihat kesedihan jauh dalam anak matanya dengan jelas. Kesedihan yang cuba dia selindungkan.
“Dia baik-baik sahaja, demam dia sudah kebah. Baru kelmarin dia dibawa pulang ke rumah ibu bapa dia.”
Aku menganggukkan kepala, senyuman aku ukirkan tanda lega mendengarnya. Syukurlah tiada apa yang teruk berlaku pada Jungkook. Rasanya tindakan aku memberitahu tentang Jungkook pada ibu bapanya tempoh hari adalah betul.
“Baguslah. .”
“Sung Kyung,” Pandangan aku terfokus pada Taehyung, bila dia memanggil nama aku. Dia mengambil tempat bersebelahan Elena. “Awak yakin dengan keputusan awak? Saya rasa tak patut awak dengan Jungkook berpisah, iyalah setelah apa yang kamu berdua buat. Awak rasa berbaloi ke?”
“Ini bukan tentang berbaloi atau tidak. Rasanya inilah yang terbaik.” Balas aku seringkasnya. Sejujurnya, aku tidak mahu bercakap tentang ini langsung.
“Esok, awak ada temujanji dengan peguam untuk buat pemfailan penceraian. Juga, temujanji untuk buat pemeriksaan doktor sama ada awak bersih dari sebarang hal yang boleh membatalkan kes penceraian.”
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Semoga nanti aku dapat berjumpa dengan Jungkook, buat kali terakhir.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...