Aku selindungkan kedua tangan yang saling melekap di sebalik fabrik baju bila ia terasa sejuk seperti beku. Bibir juga acap kali aku basahkan bukan sebab terlalu kering, cuma akunya yang terlalu gementar. Katakan bagaimana aku boleh bertenang kalau Jungkook membawa aku berjumpa dengan kedua orang tuanya hari ini?
Aku gementar bukan alang lagi, sungguh.
Macam mana agaknya penerimaan ibu bapanya terhadap aku?
Mungkin sahaja mereka tidak terima aku, kan?
Sudahlah aku asal lorong, latar belakang aku teruk, aku tidak berpelajaran, sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Jungkook. Umpama langit dengan bumi, bagai kaca dengan permata. Lagi-lagi jika mahu dibandingkan status keluarganya dengan aku. Tidak setaraf langsung.
Aku tidak yakin yang keluarga Jungkook akan terima perkahwinan ini.
“Baby? Hey, bertenang. . Badan awak menggigil sekarang ni.”
Jungkook palingkan aku untuk menghadap dia. Pipi aku ditekup dengan kedua tangannya, lalu dahu kami disatukan. Matanya merenung hanya aku, sehingga pantulan diri aku jelas kelihatan di situ.
“Walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan pilih awak. Tak kiralah jika mummy dengan ayah saya menolak, saya akan kekal dengan keputusan saya. Jadi awak jangan risau.”
Aku mengemam bibir seketika. Tangan aku naikkan untuk menyentuh tangannya yang masih melekap pada pipi aku. “Tapi saya takut. .kalau orang tua awak tak terima saya sepenuhnya. Saya juga tak nak awak melawan cakap mereka. Saya juga takut, k-kehilangan awak.”
Dengan itu, bibirnya tersungging senyuman nipis. Hujung hidung aku diciumnya sekilas. “Awak tak akan kehilangan saya, percayalah. Mungkin hanya maut sahaja yang dapat pisahkan awak dari saya.”
Antara berasa lebih tenang ataupun bertambah gusar. Aku kini lebih bertambah gementar. Mendengarkan segala ujaran Jungkook itu, membuat aku takut-takut sekiranya nanti dia menjadi anak derhaka hanya kerana aku. Aku tidak mahu itu terjadi. Aku mahu orang tuanya menerima aku, menerima hubungan ini dengan ikhlas. Bukan kerana terpaksa.
“Kita turun, iya?”
Dalam keterpaksaan aku menganggukkan kepala. Jungkook turun dahulu sebelum aku, jadi aku mengambil kesempatan untuk mengumpulkan semangat dan keberanian untuk bersemuka dengan ibu bapa Jungkook.
Dia genggam tangan aku sedikit erat, seolah-olah memberikan aku semangat melalui perlakuannya itu. Setibanya di depan pintu utama, kami berdua disapa oleh seorang lelaki yang agak berusia. Melihatkan wajahnya yang ada sedikit iras Jungkook, aku membuat kesimpulan itu adalah Encik Jeon.
Dan tekaan aku benar, Jungkook menyapanya mesra sebelum berpelukan untuk beberapa saat.
“Ayah, kenalkan ini Sung Kyung,” Dia tunjukkan aku pada ayahnya. Senyuman manis di wajah tuanya menjadi jamahan mata aku. “Sung, ini ayah saya.”
Aku menunduk hormat. “Selamat sejahtera, encik. Gembira dapat berjumpa dengan encik.”
Jungkook dengan ayahnya tertawa halus mendengar sapaan aku. Apa, kenapa, aku ada tersilap cakap ke?
“Comel sahaja sapaannya.” Kata ayah Jungkook sebelum menyambung tawanya. Sementara aku kebingunan dan malu dengan reaksi ini. Memangnya aku salah sebut ke tadi?
Namun tawa mereka terhenti sebaik sahaja kedengaran suara deheman kuat dari sebalik badan encik Jeon. Lalu terpampang sesosok tubuh seorang wanita feminin di sebelah Jungkook. Mencerlung aku tajam.
“Jadi inilah budak yang Kook ceritakan tu, heh.”
Aku menelan liur dengan payahnya melihat cebikkan sinis itu.
*****
YOU ARE READING
Eternal Love ✔
FanfictionETERNAL LOVE \ J.JUNGKOOK ❝I love you baby, more than what you think. I prefer to cry with you than laughing with the others, because even i cried, i'm happy. If you asked me, how many times did you appeared in my mind, i only answer 'one time'-beca...