Bab 64

239 30 0
                                    

Dengan penuh berhati-hati aku menuruni tangga untuk ke bawah. Takut-takut kalau bertembung dengan Puan Jeon nanti, habis aku. Iya walaupun aku tidak mahu berburuk sangka dengan ibu mertua sendiri, tapi aku tidak boleh halang otak aku dari memikirkan itu. Aku cuma mencari langkah menjaga diri.

Dari pagi sebenarnya aku berkurung di dalam bilik sahaja, ibu Yoo yang berulang alik naik atas untuk periksa keadaan aku. Dan itu buat aku rasa serba salah. Menyusahkan orang lain. Aku yakin tambah teruk Puan Jeon bencikan aku kalau aku terus menerus begitu. Nanti aku dikatakan hanya mengambil kesempatan atas kebaikan mereka.

"Ibu Yoo. ." Seru aku perlahan bila tiba di bahagian dapur.

Dia terus berpaling untuk memandang aku. Senyumannya melebar. "Eh Sung, ada apa nak? Kamu perlukan apa-apa ke?"

Aku mengemam bibir sekejap. Sebenarnya lidah aku teringin mahu merasa makanan yang pedas-pedas. Sampai terliur tadi bila aku tengok video orang tengah makan seafood cecah dengan jeruk lada. "Sebenarnya, Sung teringin nak makan sesuatu."

"Apa nak, kamu teringin mahu makan apa? Ibu sediakan."

"Sung teringin nak makan makanan yang pedas. Seafood stim makan campur dengan jeruk lada. Boleh ke? Kalau tak ada tak apa, Sung tak nak menyusahkan Ibu Yoo. ." Ujar aku dengan muka yang ditundukkan. Aku malu sebenarnya meminta begini.

Tindak balas yang aku terima sangat pasif bila aku mendengar gelak halusnya, sebelum kepala aku diusap lembut. "Tentulah boleh nak. . Ibu faham keinginan orang mengandung ni."

Aku tayang senyuman. "Terima kasih, Ibu. . ."

"Sekejap ya, Ibu siapkan apa yang patut."

Aku mengangguk laju. Baru sahaja ibu Yoo ingin berlalu, bila suara Puan Jeon bergema di antara kami. Aku terkaku sementara ibu Yoo kembali ke mari.

"Ha, bila kelaparan tahu pula mahu turun bawah sini. Kalau tidak asyik duduk dalam bilik sahaja. Fikir dia permaisuri ke apa dalam rumah ni." Sindirnya, yang langsung membuat kulit wajah aku membahang panas.

Ibu Yoo tersenyum. "Cik Sung teringin nak makan, dia minta saya sediakan. Biasalah puan, ibu mengandung memang begitu."

"Jangan dimanjakan sangat dia, Yoo. Takut nanti dia lupa asal usul dia."

"Baiklah puan," Ibu Yoo hanya memberikan riak yang tenang, dengan intonasi suaranya yang bersahaja. "Puan ada mahu apa-apa, saya sediakan sekali."

"Hantarkan teh bunga suam ke dalam pejabat saya."

"Baik puan." Ibu Yoo berlalu.

Aku jangkakan yang Puan Jeon juga bakal berlalu pergi ke atas semula selepas itu, tetapi jangkaan aku meleset. Sebaliknya dia berhenti di hadapan aku, yang memaksa aku untuk menundukkan wajah.

Dia mendengus perlahan. "Aku hairan, pelik dengan kau. Apa yang susah untuk pisahkan kau dengan anak aku, ha? Tak, apa sebenarnya yang anak aku pandang kau sampai dia sanggup ketepikan segala-galanya. Bahkan dia sanggup susahkan diri dia, sebab kau?"

Aku hanya mendiamkan diri. Aku ingat kata Jungkook, jangan melawan bila Puan Jeon tengah marah. Biarkan sahaja sehingga dia berhenti dengan sendirinya. Tapi sungguh, aku tidak betah mendengar setiap cemuhan yang keluar dari celahan mulutnya. Telinga aku menjadi panas, sepanas hati aku. Ditambah lagi dengan emosi aku yang tidak stabil sekarang ini.

"Entahlah, ada saja halangan untuk pisahkan kau dari dia. Dulu dia sanggup tinggalkan aku, Ibunya, tinggalkan kehidupan dia hanya untuk hidup dengan perempuan yang tak jelas asal usulnya. Bila aku dapat peluang, ada lagi lain masalah yang datang. Kau pula mengandung, heh."

Aku menggigit bibir. Hati aku rasa perit yang amat.

"Ataupun kau memang sengaja timbulkan masalah, kan? Entah-entah anak dalam dalam perut kau tu bukan anak Jungkook."

"Jeon Miyoun!"

Aku tidak boleh menahan diri lagi dari menangis. Aku mungkin sahaja terlihat meminta simpati dari ayah Jungkook. Tapi hati aku sakit, betul-betul sakit. Apa sebenarnya kesalahan aku. .

"Hentikannya, Miyoun. Awak betul-betul sudah melampau. Awak tak fikir apa perasaan Jungkook kalau dia dengar awak cakap begitu, ha? Atau awak memang suka kalau anak awak tu tambah jauhkan diri dari kita kan?! Saya tak nak dengar lagi awak cakap yang bukan-bukan tentang Sung Kyung, tentang cucu saya dalam kandungan dia! Faham? Saya serius Miyoun. Jangan cabar saya."

Ayah Jungkook berpaling menghadap aku selepas ibu Jungkook berlalu pergi ke tingkat atas.

"Ayah minta maaf, bagi pihak mummy. Tapi jangan ambil hati ya, mummy baru mula biasakan diri dengan kamu. Kalau ada apa-apa mummy buat, atau kata apa-apa pada kamu, bagitahu ayah okay?"

"T-tak apa, saya okay."

Aku tersenyum paksa.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now