Bab 93

256 17 3
                                    

Taehyung bersama Elena langsung sahaja menerpa ke arah Jungkook yang baru tiba di kawasan lobi ini bersama Sung Kyung dalam dukungannya. Mereka ke sana sini semenjak tadi mencari kerana risaukan keadaan Sung Kyung dan Jungkook.

Anak mata Taehyung yang bulat bertambah membesar melihatkan wajah pucat Jungkook. Dipandangnya Sung Kyung dan sahabatnya ini bersilih ganti. “Kau bawa Sung Kyung pergi mana malam-malam buta begini, hah? Aku punya risau cari kau ke sana sini.”

“Kalau iya pun mahu ke luar, bagitahu kami berdua. Kami boleh tolong. Kau tu bukannya sihat sangat, Jungkook,” Sambung Elena pula. Yang memang tak kurang juga risau. Nafas yang laju cuba distabilkan, lalu dia memerhati wajah Sung Kyung yang sepertinya pucat tanpa darah. Dia mengerutkan dahi. “Jungkook, kenapa dengan Sung Kyung?”

Jungkook berdiam. Wajahnya sugul, air mata masih bersisa di tubir mata. Bawah matanya juga kelihatan gelap dan sembab.

Melihatkan Jungkook masih diam tanpa jawapan, Elena menjadi tidak keruan. Jantungnya berdegup laju, macam-macam yang bermain dalam fikirannya. Matanya juga tiba-tiba terasa sarat. “Jawab Jungkook. Jangan senyap begini. Sung Kyung, dia kenapa?”

Jungkook mengangkat wajahnya sedikit, lalu dipandangnya muka Taehyung dan Elena. Kesedihan itu, jelas terpancar di wajahnya. “Sung Kyung sudah tinggalkan aku, tinggalkan kita semua.”

Elena lantas menekup mulutnya terkejut, tangis yang ditahannya mulai terlepas sikit demi sedikit. Taehyung juga terkejut dengan berita ini. Apabila Jungkook membuka langkahnya semula, mereka berdua mengikuti dari belakang sehinggalah tiba di bilik wad yang menempatkan Sung Kyung tadi.

Dengan penuh berhati-hati, Jungkook membaringkan tubuh Sung Kyung ke atas tilam katil. Tangannya digerakkan untuk mengusap pipi Sung Kyung yang sudah dingin sejuk seperti ais batu, lalu dia menangis lagi. Sesak di dadanya itu seperti tiada tanda ingin berhenti.

“Taehyung, tolong tinggalkan aku sebentar di sini bersamanya. Bagitahu Mummy aku dengan ibu Sung Kyung sekali tentang berita ini. Aku harapkan kau, Taehyung.”

“Jungkook, jangan ter—” Taehyung terhenti seketika. Dalam mindanya lain yang ingin diperkatakannya, namun dia mengubah fikiran. Dia akur jika Jungkook masih memerlukan masa, dia tahu Jungkook berat melepaskan semua ini. “Baiklah, aku keluar dulu.”

Selepas sebaik sahaja Taehyung keluar bersama Elena, Jungkook menarik nafas dalam sambil memejamkan mata dengan rapat serapatnya. Menahan rasa sakit mencengkam pada kepalanya. Perlahan dia memanjat naik ke atas tilam yang sama lalu merebahkan badannya bersebelahan dengan Sung Kyung.

Dia mengiring supaya dapat memeluk badan isterinya buat terakhir kali. Dahi Sung Kyung dikucup lagi. Air mata mengalir lagi, lebih-lebih lagi apabila dia mulai mengimbas kenangan manis mereka bersama selama ini. Walaupun perkenalan mereka singkat, mereka hidup bersama juga untuk satu waktu yang tidak panjang, dia begitu bahagia. Sangat bahagia.

Seolah-olah Sung Kyung adalah pemberian yang paling istimewa buat dirinya, untuk merasakan kebahagiaan.

“Sayang. . .” Jungkook menyebutnya, hampir tidak kedengaran. Dan setelah itu, dia memejamkan mata.

Perlahan, dakapannya melonggar.

“Hilang awak, maka hilanglah juga nyawa saya, Jeon Sung Kyung.”
 
 
 
 

━━━━━━━━━━━━━━

TAMAT.

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now