Bab 22

316 61 0
                                    

“Nah, ambil ini. Hak milik awak, Sung Kyung.”

Dia tarik tangan aku lalu meletakkan sampul berisi duit gaji yang sepatutnya aku terima dari Encik Hwang di telapak tangan. Bila penglihatan aku naikkan untuk memandang wajahnya, dia tersenyum pada aku. Senyuman manis yang selalu diukirkan untuk aku.

“T-terima kasih sebab tolong saya, Jeon Jungkook. Juga sampaikan rasa terima kasih saya pada dua kawan awak tadi tu, saya betul-betul terhutang budi dengan El.” Ucap aku selepas melepaskan pegangan tangan Jungkook. Kedua tangan aku selukkan ke dalam poket jaket.

Jungkook berdehem perlahan, menarik perhatian aku padanya. Dia tersenyum senget sementara aku hanya menayang muka polos. “Tak sangka awak masih simpan sweater ini, bahkan awak gunakannya lagi.”

“Mestilah, takkan saya nak buang pula, kan? Lagipun, saya tak ada baju sejuk lebih. Termasuk ini hanya tiga sahaja. Jadi saya tiada pilihan lain melainkan menggunakannya.”

“Jadi, awak mahu ke mana selepas ini?” Soalnya dengan nada suara yang kedengaran agak kekok. Matanya dialihkan ke arah lain, mengelakkan sebarang kontak mata dengan aku. Belakang leher digaru.

Tabiat dia, tetap sama.

Ah, perubahan apa yang aku harapkan sedangkan kami tidak bersua muka hanya dalam lebih kurang sebulan. Sejujurnya, aku tidak sangka yang kami akan berjumpa semula, lagi-lagi dalam keadaan yang memalukan seperti tadi. Amat menakjubkan bila aku dapat berkomunikasi seperti biasa dengannya dalam keadaan aku yang berdebar. Iya, aku berdebar semenjak tadi sebenarnya.

Semenjak pertama mata kami bertembung semula tadi, jantung aku sudah menggila.

Apakah ini semua, benarkah takdir yang mempertemukan kami semula?

“Sung?” Aku tersedak air liur bila melihat wajahnya yang dekat. Lamunan aku lantas terhenti dan aku mengundur setapak. “Saya tanya awak mahu ke mana selepas ini. Dijawab, bukan merenung saya begitu.”

“Uh oh uhm, s-saya nak balik.”

“Awak masih tinggal di rumah sewa awak itu?”

“Taklah, saya tinggal dengan kawan saya sekarang. Bahkan dari hari itu lagi pun. Rumah dia dekat sahaja dari sini, kalau begitu saya balik dulu. Terima kasih sekali lagi.” Balas aku sebelum menundukkan sedikit kepala tanda ikhlas berterima kasih. Langkah aku atur pergi meninggalkan dia.

Namun tidak lama kemudian, tubuh aku terasa hangat bila aku didakap oleh seseorang dari arah belakang secara tiba-tiba. Langkah aku lantas termati serta mata aku membuntang lebar kerana terkejut. Bila aku mencuba menepis tangannya, kedua tangan aku dibungkus di dalam fabrik jaket tebal. Badan aku dan badannya merapat bila dia menarik aku lebih ke belakang supaya kami dapat berkongsi jaketnya.

Dia merehatkan dagunya pada bahu aku sebelum tertawa halus. Sementara aku hanya terkaku.

“Jeon Jungkook?”

“Saya suka bila mendengar awak menyebut nama saya sepenuhnya.”

“Apa yang awak fikir awak tengah lakukan sekarang?”

“Apa awak lupa dengan janji saya dahulu? Saya tak akan lepaskan awak untuk kali keduanya, dan saya sedang melakukannya sekarang. Awak kini rasmi menjadi milik saya, milik Jeon Jungkook.”

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now