Bab 66

204 22 0
                                    

Sebelum menjejakkan kaki ke luar bilik, kepala aku jengahkan terlebih dahulu melihat kalau-kalau ada kelibat Puan Jeon di mana-mana. Takut nanti aku dimarahi lagi sebab asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Tetapi bila difikirkan semula, kalau aku keluar sekalipun pastinya bakal dibebel juga. Jadi sama sahaja kiranya, berkurung atau tidak.

Oleh itu, aku akan mengelak sebaiknya dari terserempak dengan Puan Jeon. Bukan sebab aku berniat mahu biadap atau apa, cuma untuk mengelak pergaduhan. Aku tidak mahu juga Puan Jeon dimarah oleh Tuan Jeon, sumpah aku rasa bersalah yang amat. Seburuk mana atau sekejam mana pun dia, dia tetap ibu Jungkook dan aku harus hormati dia sepertimana aku menghormati ibu aku sendiri.

Dengan langkah yang kecil dan perlahan, aku berjalan secara senyap menuju ke ruangan meja makan untuk ke dapur. Sambilan mata aku meliar ke kiri dan kanan untuk memastikan yang kawasan kosong dan tiada sebarang kelibat Puan Jeon.

“Yeay. .”

Aku bersulang kecil bila aku berjaya tiba destinasi dengan aman. Aku berpaling ke belakang, dan automatik badan aku menjadi kaku. Senyuman lebar aku tadi mengendur, mata aku membuntang menyedari kehadirannya di sini. Mesti dia melihat aku mengendap semenjak tadi, gelagat macam orang mahu mencuri. Aku malu.

“Uhmm. . .T-tuan Jeon.” Sapa aku, sambil menundukkan kepala tanda hormat.

Mendengar dia tergelak kecil, pipi aku rasa tambah panas sebab segan. “Jangan risau Sung Kyung, mummy tak ada. Dia keluar, ada urusan katanya. Jadi kamu janganlah sembunyi-sembunyi begitu.”

“Ohh,” Aku tersengih kekok, menggaru belakang tengkuk. “P-patutlah, senyap sahaja. Ah tak, maksud s-saya bukan begitu, maksud saya patutlah saya tak ada dengar suara Puan Jeon. Bukan saya kata yang rumah ini bakal bising bila ada Puan Jeon. Bukan, jangan salah faham.”

Sekali lagi Tuan Jeon tergelak melihat aku. Kenapa aku jadi segelabah begini pun aku tidak tahu. “Tak apa, ayah faham apa maksud kamu. Marilah sini, sarapan dengan ayah. Temankan ayah.”

“B-baiklah.” Aku berjalan sambil tundukkan muka. Kerusi aku tarik lantas punggung aku labuhkan ke atasnya. Tanpa banyak bicara lagi, sekeping roti bakar aku capai dan suakan ke dalam mulut.

Agak lama berdiam, Tuan Jeon berdehem kecil mengusir kejanggalan yang berterbangan. “Bagaimana tinggal di rumah ayah, kamu selesa tidak? Ayah minta maaf kalau ada apa-apa yang kamu tidak selesa atau tidak suka. Buat macam rumah sendiri, jangan rasa segan mahupun takut. Ini juga sudah menjadi rumah kamu.”

“T-taklah aya— uhm, maksud saya Tuan Jeon. Saya selesa sangat, betul tak tipu. Saya bersyukur sangat-sangat, rumah ini sudah lebih dari selesa dan ia sempurna. Tak ada apa yang kurang. Terima kasih, Tuan.” Balas aku pantas namun berbata-bata di hujung mulut. Hampir terlepas cakap.

“Sung Kyung,” Helaannya nafasnya kedengaran berat, dan dari nada suaranya seakan-akan menuntut agar aku melihat wajahnya. “Jangan rasa janggal, panggil sahaja ayah. Ayah bahkan akan berasa gembira jika kamu memanggil ayah, sebagai ayah? Kamu bukan orang asing lagi, kamu adalah menantu ayah.”

Aku menggigit bibir dalam, sebelum senyuman kecil terbit di bibir aku. “Baik, a-ayah.”

Dia tersenyum lebar mempamerkan sedikit susunan giginya yang rata dan kemas. Melihatkan senyuman ini, mengingatkan aku pada suami aku. Wajah Jungkook banyak ambil iras wajah ayahnya, dan sifat peribadi mereka juga sama. Lembut bila berkata, baik, murah senyuman, dan budiman.

Untuk mengurangkan perasaan janggal, aku mencari-cari topik yang boleh dibualkan. Dan minda aku teringatkan sesuatu tentang diri aku. “Ayah seorang doktor kan. Jadi saya ingat nak tanya sesuatu, boleh?”

Ayah menjungkitkan kening sambil menyisip teh suamnya. Cangkir diletakkan semula. “Tentulah boleh. Ada apa, kamu sakit ke?”

Aku mengemam bibir seketika. “Tak juga sakit teruk. Cuma belakangan ini, saya kerap rasa sakit bahagian tepi perut saya. Belah kanan. Kadang-kadang, bila ia mula sakit, sakitnya yang teramat sangat. Sampai saya satu perut saya rasa kejang sakit.”

Ayah Jungkook kerutkan dahi, dan beriak seperti sedang berfikir. “Kerap, bermaksud sakit itu sudah berulang-ulang kali menyerang?”

“Iya,” Aku cuma risau ia ada akan jejaskan bayi dalam kandungan aku. Perut aku usap perlahan. “Sebenarnya, sakit ini memang sudah lama saya rasa. Dari saya masih berumur 15 tahun lagi. Cuma saya tak ambil kisah sangat, sebab dulu saya fikir itu cuma kesan dari kerja berat atau lambat makan. Tapi ia bertambah menyakitkan sekarang, saya takut ia beri kesan apa-apa pada bayi.”

“Kamu ada makan apa-apa ubat penahan sakit?”

“Tak ada juga.”

“Jungkook tahu kamu sakit?”

Aku terdiam seketika. Mulut aku terbuka tertutup memikirkan jawapan yang sebaiknya. “Tak, dia tak tahu. Ayah jangan bagitahu dia, sebab saya tak nak dia risau. Mungkin tiada apa-apa yang serius juga, kan? Jadi sebab itulah saya minta tolong dengan ayah,” Aku tertawa halus. Janggal sebenarnya. “Jungkook selalu risau, takut walaupun hanya hal kecil sahaja. Cuba ayah bayangkan betapa huru-haranya dia nanti bila dapat tahu tentang hal ini.”

Ayah tertawa kecil. Kepala dianggukkan tanda faham. “Okay, ayah faham sekarang. Jangan risau, nanti pandai-pandai ayah susun jadual selitkan temujanji untuk kamu datang ke hospital jumpa ayah. Supaya Jungkook tak syak apa-apa.”

“Heee. . .” Aku menayang gigi. “Terima kasih, ayah.”

Harap-harap tak ada apa-apa yang serius.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now