Bab 29

290 44 7
                                    

Pejam celik mata.

Sedar tidak sedar, hubungan aku dengan Jeon Jungkook sudah melebihi dua bulan. Aku masih rasa malu dan janggal bila memanggilnya sebagai teman lelaki aku. Entahlah, aku rasa kekok sebab aku tidak pernah merasai perasaan yang seperti ini sebelum ini. Aku tidak pernah menjalinkan hubungan begini dengan sesiapa, sungguh. Dia adalah orang pertama.

Cinta pertama aku?

Sejujurnya aku selesa dengannya, dia mengajar aku erti kesucian sesuatu hubungan itu. Dia lain, dia tidak sama dengan lelaki yang pernah aku kenali sebelum ini. Dan memikirkan tentangnya sahaja, mampu membuat aku berdebar tanpa sebab yang betul. Jungkook sememangnya seorang lelaki yang baik, seorang lelaki yang mampu menggoyahkan hati mana-mana gadis.

Itu yang membuat aku berasa istimewa, kerana dia memilih aku dari ramai gadis yang lebih cantik dan menawan berbanding aku.

Hyojung dengan ibu juga sudah tahu tentang keseriusan Jungkook dengan aku. Aku sendiri terkejut bila dapat tahu dari Hyojung, yang Jungkook dengan beraninya pergi berjumpa dengan ibu selepas meminta izin dari Hyojung. Dia tidak kisah langsung dengan keadaan keluarga aku yang teruk, sedangkan dia berasal dari keluarga yang baik-baik dan berstatus.

Bahkan dia berjanji akan sama-sama membantu aku supaya dapat keluarkan ibu dari tempat terkutuk itu.

Aku tidak tahu harus berkata apa lagi, aku cuma. . .terlalu bertuah kerana memiliki lelaki itu.

Lamunan aku terputus apabila telefon pemberian Jungkook bergetar di sebalik poket seluar jeans aku. Aku mengeluarkannya dan terus senyuman aku melebar melihat nama yang terpapar di situ.

My Jeon Jungkook calling. . .

Dia sendiri yang meletakkan nama itu sebab aku langsung tidak tahu cara menggunakannya, aku baru belajar. Sebaliknya Jungkook meletakkan aku sebagai My Baby. Aku hanya mampu tersengih bila mengingatnya.

“Iya, ada apa?”

“Oh begitukah cara menyapa teman lelaki awak?”

“Habis itu, awak mahu saya cakap apa?”

Dia mengeluh di hujung talian. “Cakaplah hello sayang ke, hello buah hati saya ke, tak romantik langsung.

Aku tertawa kecil. Untuk seketika aku memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa di sini. Nanti pula aku dikata gila sebab ketawa sendiri. “Saya memang tak romantik pun, awak baru tahu ke?”

Tak, saya tahu. Cukup kenal dengan sifat awak itu,” Tawa kecilnya kedengaran sebelum dia menarik nafas dalam. “Awak tengah rehat sekarang, kan?

“Iya, tinggal lima belas minit lagi saya kerja semula.”

Saya ambil awak petang nanti, saya nak bawa awak pergi suatu tempat. Dan jangan risau, saya sudah minta izin dari kawan dan ibu awak.” Ujarnya dengan bangga yang membuat tawa aku meletus sekali lagi.

“Memangnya awak nak bawa pergi mana lagi kali ini?”

“Tempat istimewa, untuk meraikan date terakhir kita berdua.”

Terakhir?

Kenapa aku rasa berdebar semacam ini?

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now