Bab 57

213 33 1
                                    

“Bagaimana dengan keadaan Jungkook?” Soal Puan Jeon pada suaminya selepas dia menghenyakkan punggung ke atas kerusi. Duduk berhadapan.

Encik Jeon hanya mempamerkan ketenangan pada riak wajahnya, tidak mahu si isteri risau akan keadaan anak mereka. “Jungkook okay, jangan risau. Keadaan dia, begitulah seperti yang kita tahu. Demam tu mungkin sebab perubahan gaya hidup, ataupun kerana suasana di sana.”

“Saya tahu itu, dia tak biasa dengan hidup susah, tak biasa dengan suasana yang entah apa sahaja lorong tempat tinggal mereka. Macam mana Jungkook tak jatuh sakit. Saya dah pernah cakap, Jungkook tak akan lama bertahan hidup dengan perempuan tu.” Lancar mulut Puan Jeon bercakap langsung tidak menghiraukan tentang perasaan orang lain. Baginya, mungkin dia sahaja yang benar.

Kata hatinya sebagai seorang ibu.

Encik Jeon hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak faham dengan pemikiran isterinya itu. Tidak boleh untuk ditolak akan kerisauannya sebagai seorang orang tua, namun baginya kebahagiaan anak adalah segala-galanya. Dia tidak akan menghalang apa sahaja yang Jungkook lakukan, asalkan benar dimatanya. Dan juga dia tahu, anaknya gembira dengan keputusan itu. Dia tidak menghalang.

“Awak bercakap seperti orang yang hilang akal. Perempuan itu, gadis itu, adalah isteri kepada Jungkook. Menantu kita. Jadi mahu tidak mahu awak kena terima dia seadanya. Dia adalah kebahagiaan anak kita.” Ujar Encik Jeon dengan tegas, mencuba membela Jungkook dan Sung Kyung.

Si isteri mencebik sinis. Persetankan apa sahaja yang dikatakan untuk membela Sung Kyung, dia tidak akan peduli. Apa sahaja keputusan yang dia buat, harus dimuktamadkan. Dia tidak menerima bantahan. Keras hatinya sukar untuk dilembutkan.

“Awak yang tak fikir panjang, perempuan itu tidak lebih hanya sekadar pembawa malang buat Jungkook, dia buat anak kita bertambah sakit. Kebahagiaan apa yang dia bawakan hah?”

“Tengok Jungkook, Miyoun. Awak tak nampak betapa bahagianya dia bila bersama Sung Kyung? Awak tak lihat senyumannya? Dia tidak pernah merasakan perasaan yang sebegitu rupa sebelum bertemu dengan gadis itu. Selama ini dia hanya murung, awak sedar tidak?”

Puan Jeon diam seketika, merenung wajah suaminya dalam. Dalam fikirannya masih berkecamuk, beradu tentang hal yang sepatutnya dia lakukan. Bukan hanya untuk kebaikkan Jungkook, malahan untuk semua orang yang berkaitan. Dan juga, bukan untuk kepuasan hatinya sendiri.

Keputusan yang baginya, mungkin terbaik untuk semua orang. Biarlah dia menjadi seseorang yang mementingkan diri sahaja.

“Kalau dibiarkan sekalipun, mereka tetap akan berpisah akhirnya. Bukankah lebih baik begini? Saya sebagai orang tua Jungkook, saya akan pastikan yang terbaik buat dia.”

Encik Jeon mendiamkan diri. Apa yang isterinya katakan itu ada benarnya jika dibantah. Dia sendiri buntu.

*****

Eternal Love ✔Where stories live. Discover now